Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 14, 2010

Malik bin Anas

  • Malik bin Anas
Beliau ialah Abu Abdullah Malik bin Anas bin Abi Amir bin Amru bin al-Harith al-Asbahi, tokoh terkemuka Kota Madinah serta salah seorang Imam mazhab yang masyhur. (al-Nawawi 2:75)
Terdapat beberapa pendapat tentang tarikh lahirnya; ada pendapat mengatakan beliau dilahirkan di Kota Madinah pada tahun 93H, dan yang lain pula mengatakan ia berlaku pada tahun 94H. al-Shirazi mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 95H. (Ibn Hibban 140; al-Maraghi 1:117; al-Shirazi :68)
Beliau terkenal sebagai seorang faqih yang agong, seorang ulamak yang memberi perhatian berat kepada Sunnah Rasulullah saw serta berusaha mengumpulnya. (Ibn Hibban :140). Beliau termasuk ke dalam golongan atba' al-tabi'in. (al-Nawawi 2:75; Ibn Hibban :140)., mahir di dalam pelbagai bidang ilmu, terutamanya Fiqh dan Hadith. Beliau berkata: "Saya telah menulis dengan tangan saya sebanyak 100,000 Hadith". (al-Maraghi 1:118)
Di antara para ulamak besar yang menjadi guru kepada Imam Malik ialah Rabi'ah al-Ra'y, Abd al-Rahman bin Hurmuz, Nafi' bin Abi Nu'aim, al-Zuhri, dan Nafi'-pembantu Ibn Umar-, Yahya bin Sa'id, Musa bin Uqbah, Hisham bin Urwah, Muhammad bin 'Ajlan, Salim bin Umaiyyah, Ibn Abi Zi'b, Abd Malik bin Juraih, Muhammad bin Ishaq al-Maghazi, dan Sulaiman bin Mahran al-A'mash. (al-Maraghi 1:117)
Diantara yang mendampingi beliau sebagai murid dan rakan ialah Sufyan bin Said al-Thauri, al-Laith bin Saad al-Misri, al-Auza'i, Hammad bin Zaid, Sufyan bin Uyainah, Hammad bin Salamah, Abu Hanifah dan anaknya Hammad, al-Qadi Abu Yusuf, Syarik bin Abdullah al-Qadi, Imam Safi'i, dan lain-lain. (al-Maraghi 1:121)
Beliau menerima hadith daripada Nafi', Muhammad bin al-Munkadir, Abu al-Zubair, al-Zuhri, Abdullah bin Dinar, Abu Hazim dan sebilangan besar ulamak yang lain. Diantara yang menerima hadith beliau ialah Yahya al-Ansari, al-Zuhri, (kedua-duanya adalah gurunya), Ibn Juraij, Yazid bin Abdullah bin al-Hadi, al-Auza'i, al-Thauri, Ibn Uyainah, Shu'bah, al-Laith bin Saad, Ibn Illiyyah, al-Shafi'i, Ibn Wahb, Ibrahim bin Haiman, al-Walid bin Muslim dan sebilangan Ulamak yang lain. (al-Nawawi 2:75)
Ketokohannya mendapat pengiktirafan pelbagai golongan Ulamak. Al-Nasa'i berkata: "Tidak ada selepas golongan tabi'in seorang yang lebih unggul, mulia, dan dipercayai dalam periwayatan hadith selain darinya". (al-Darqutni 2:354). Abu Hatim berkata: "Malik adalah seorang yang thiqah, beliau adalah imam penduduk Hijaz". Imam Shafi'i pula berkata: "Apabila datangnya hadith, maka Malik adalah bintangnya". Beliau berkata lagi: "Tanpa Malik dan Sufyan, sudah tentu akan hilang ilmu penduduk Hijaz". (al-Nawawi 2:76)
Beliau telah diizinkan memberi fatwa semasa hayatnya oleh beberapa orang gurunya seperti Yahya bin Said, Rabi'ah dan Nafi'. (al-Maraghi 1:118). Menurut al-Nawawi (2:75), Pendapat beliau berkaitan persoalan hukum, berulang kali disebut di dalam kitab al-Umm, al-Mukhtasar, al-Muhadhdhab dan al-Raudah.
Beliau telah menghasilkan beberapa buah kitab besar, antaranya ialah Kitab al-Muwatta', al-Mudawwanah al-Kubra, sebuah kitab berkaitan Ilmu Bintang, sebuah lagi di dalam masalah peredaran masa dan sebuah nota panjang berkaitan dengan fatwa-10 juzu'. (al-Maraghi 1:122)
Beliau wafat pada tahun 179H di Kota Madinah. (al-Maraghi 1:123)

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008