Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Tuesday, April 7, 2009

Pembuka Bicara

Assalamualaikum wbrt.
Alhamdulilah akhirnya dapat jugak saya buat blog sendiri. Walaupun bukan sebaik di antara yang terbaik, namun ia tetap memberi faedah kepada saya sendiri. Sekurangnya ia menjadi iktibar dan sebagai kenangan.
Di sini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat yang telah banyak membantu saya. Seandainya ada sahabat lama batch PMR02 & SPM04 di Sek Men Ugama Arab Saniah (Maahad Saniah), diharap dapat menghubungi saya, persahabatan yang telah terjalin suatu ketika dahulu, tidak kan pernah padam. Ingatkah kalian kepada guru-guru yang telah mengajar kita?? janganlah sesekali kita melupakan jasa mereka. Sekiranya kita mempunyai masa yang terluang, luangkanlah untuk berjumpa dan menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka, samada berbentuk tenaga, kewangan, pandangan dan sebagainya.
Sebelum aku melanjutkan kata, aku ingin ucapkan terima kasih, tahniah dan takziah serta aku memohon berbanyak kemaafan kepada Fadhlu, Afif, Nazran, Rafiz, dan Rani, kerana kalian telah banyak memberi tunjuk ajar kepada aku, kenangan bersama kalian sewaktu tinggal di rumah aku, banyak memotivasikan aku. Terutama sewaktu menghadapi peperiksaan SPM (perkara silam akan sentiasa memberi kesan kpd kita).
Kepada sahabat yang masih belajar di UKM, sama-samalah kita berjuang dalam satu Soff, perjuangan kita bukan hanya pada pelajaran, dan organisasi, tapi yang paling utama adalah menegakkan kalimah Allah, janganlah sesekali kali kita bertengkar hanya kerana method atau jalan yang kita lalui tidak sama. Jalan mana pun yang kita lalui, kita tetap menuju ke arah satu matlamat yang sama iaitu kepada Allah swt.
Kepada sahabat yang berada di IPT lain, yang telah bekerja, dan sebagainya, ingatlah bahawa hubungan kita tidakkan pernah terpadam. Pali yang berada di Mesir, harap dapat berkongsi pengalaman. Yang belajar di UKM, UM, USIM, UPM, Politeknik, IKBM, UITM, UTHM, UPSI, UMS, UDM, KIAS, KUIS, DQ, UIAM, ( yang xtersebut, aku mintak maaf cz xingat duk kt ner ag), Insyaalah jika berpeluang, kita tetap akan adakan reunion. Sahabat dalam MPMS, ada masa free, kita akan tetap adakan program kt sekolah, Ingatlah, adik-adik masih perlukan nasihat serta bimbingan daripada kita. Kita lah yang akan menjadi contoh kepada mereka. Adik-adik yang masih di bangku sekolah, belajarlah kerana di situ adalah tempat untuk kau mengatur langkah yang seterusnya, kami selaku abang dan kakak akan sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kalian.
Akhir kalam, selama mana kita berada di dunia ini, maka selama itulah kita memerlukan nasihat dan bimbingan daripada sahabat-sahabat yang baik. Sekian, wsslm...

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008