Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Saturday, January 29, 2011

Personal Promoter Services

  • "Anda Untung; Kami Untung"
Jika anda berminat dengan apa yang kami promot; segera hubungi kami..,
  • Anda Perlu Tahu Tentang Produk Kami??
  • Sila ke link yang telah kami pautkan di bawah....:

Wednesday, April 14, 2010

Abd Malik bin Marwan

  • Abd Malik bin Marwan (w 86H / 705M)
Beliau ialah Abu al-Walid Abd al-Malik bin Marwan bin al-Hakam bin Abi al-'As bin Umaiyyah bin Abd Shams bin Abd Manaf. (al-Shirazi :62)
Menurut al-Nawawi (1:309), beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 24H, kerana beliau wafat pada tahun 86H di Damsyiq ketika berumur 62 tahun.
Beliau tergolong ke dalam kumpulan empat orang fuqaha' Madinah iaitu Said bin al-Musaiyyib, Urwah bin al-Zubair, Qubaidah bin Dhu'aib, dan beliau sendiri. (al-Shirazi :63)
Menurut al-Nawawi 1:309; pendapat beliau berkaitan hukum di sebut di dalam al-Muhadhdhab pada tajuk salat al-marid, masalah al-akdariyyah dan awal al-'adad.
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan pernah melantik beliau sebagai pengarah kepada Diwan al-Madinah ketika beliau berusia 16 tahun. Kemudian beliau dilantik menjadi khalifah sesudah bapanya wafat pada tahun 65H.

Zaid bin Thabit

  • Zaid bin Thabit (w 45H / 665 M)
Beliau ialah Zaid bin Thabit bin al-Dahhak al-Khazraji al-Najjari. Dikenali dengan kuniah Abu Sa'id. Bagaimanapun ada riwayat yang mendakwa bahawa kuniah beliau ialah Abu Abd Rahman. (al-Shirazi :46; al-Maraghi 1:84)
Perkataan al-Khazraji yang terdapat pada salasilah keturunannya adalah merujuk kepada kabilah terkenal di Madinah, iaitu kabilah Khazraj. Dengan itu dapat difahami bahawa beliau adalah penduduk asal kota itu. Kemungkinan beliau dilahirkan di kota tersebut. Semasa ketibaan Rasulullah saw ke Madinah, beliau baru berusia 11 tahun. Apabila baginda saw membuat persediaan ke peperangan Badar, Zaid telah menyatakan hasratnya untuk turut serta bersama tentera Islam ke medan peperangan. Oeh sebab umurnya yang terlalu muda, dia tidak diizinkan baginda saw. Walaubagaimanapun, beliau dikatakan dapat menyertai peperangan Uhud, Khandaq, dan Tabuk. (al-Nawawi 1:201)
Pada masa hayat Rasulullah saw, Zaid merupakan salah seorang penulis baginda. Untuk melengkapkan kemahirannya sebagai penulis, baginda saw telah mengarahkannya mempelajari bahasa Siryani kerana terdapat sebahagian perutusan yang sampai kepada baginda ditulis dalam bahasa itu. (al-Maraghi 1:84)
Beliau juga menjadi penulis kepada Abu Bakar dan Umar semasa kedua-dua khalifah berkenaan memerintah negara Islam. Malah Umar pernah menyerahkan kota Madinah kepada pengawasan beliau sebanyak tiga kali semasa ketiadaannya. Sama juga keadaannya semasa pemerintahan khalifah Uthman, beliau telah diberi kepercayaan untuk mengawasi kota itu.
Disamping khidmatnya kepada para sahabat yang menjadi khalifah selepas kewafatan baginda saw, beliau juga adalah seorang ilmuan ulung. Kedudukannya diakui sendiri oleh baginda saw di dalam hadithnya yang menyebut : "Orang yang paling arif dikalangan kamu tentang faraid ialah Zaid". Dengan kedudukan itulah, Imam al-Shafi'i menerima pendapat beliau di dalam urusan faraid.
Pada masa baginda saw, beliau merupakan salah seorang sahabat yang dibenarkan mengeluarkan fatwa. Ibn Hazm mengatakan, beliau adalah sahabat yang paling banyak mengeluarkan fatwa.
Semasa pemerintahan Abu Bakar, beliau adalah diantara orang yang berusaha mengumpulkan al-Quran. Umar dan Uthman amat memuliakannya. Kedudukan ini ternyata apabila kedua-dua khalifah itu mengutamakannya daripada sahabat yang lain di dalam masalah kehakiman, fatwa, faraid, dan qiraat.
Di dalam bidang hadith, beliau termasuk ke dalam mereka yang banyak meriwayatkan hadith daripada baginda saw. Periwayatan beliau diterima oleh sebilangan besar para perawi di kalangan sahabat dan tabi'in. Diantara mereka termasuklah Ibn Amru, Abu Sa'id, Abu Hurairah, Abdullah bin Zaid, Sahl bin Hanif, Anas bin Malik, dan Sahl bin Saad. Diantara para tabi'in pula, Said bin al-Musaiyyib, Sulaiman bin Yassar, Bishr bin Said, dan anak Bishr, iaitu Kharijah dan Sulaiman.
Kehebatan beliau di dalam bidang ilmu ternyata apabila sepuluh orang fuqaha' Madinah pernah menjadi murid beliau. Mereka ialah Said bin Musaiyyib, Abu Salamah bin Abd al-Rahman, Ubaidullah bin Abdullah, Utbah bin Mas'ud, Urwah bin al-Zubair, Abu Bakr bin Abd al-Rahman, Kharijah bin Zaid, Sulaiman bin Yassar, Abban bin Uthman, dan Qubaidah bin Dhu'aib. Beliau wafat di Kota Madinah pada tahun 45H.

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008