Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 14, 2010

Zaid bin Thabit

  • Zaid bin Thabit (w 45H / 665 M)
Beliau ialah Zaid bin Thabit bin al-Dahhak al-Khazraji al-Najjari. Dikenali dengan kuniah Abu Sa'id. Bagaimanapun ada riwayat yang mendakwa bahawa kuniah beliau ialah Abu Abd Rahman. (al-Shirazi :46; al-Maraghi 1:84)
Perkataan al-Khazraji yang terdapat pada salasilah keturunannya adalah merujuk kepada kabilah terkenal di Madinah, iaitu kabilah Khazraj. Dengan itu dapat difahami bahawa beliau adalah penduduk asal kota itu. Kemungkinan beliau dilahirkan di kota tersebut. Semasa ketibaan Rasulullah saw ke Madinah, beliau baru berusia 11 tahun. Apabila baginda saw membuat persediaan ke peperangan Badar, Zaid telah menyatakan hasratnya untuk turut serta bersama tentera Islam ke medan peperangan. Oeh sebab umurnya yang terlalu muda, dia tidak diizinkan baginda saw. Walaubagaimanapun, beliau dikatakan dapat menyertai peperangan Uhud, Khandaq, dan Tabuk. (al-Nawawi 1:201)
Pada masa hayat Rasulullah saw, Zaid merupakan salah seorang penulis baginda. Untuk melengkapkan kemahirannya sebagai penulis, baginda saw telah mengarahkannya mempelajari bahasa Siryani kerana terdapat sebahagian perutusan yang sampai kepada baginda ditulis dalam bahasa itu. (al-Maraghi 1:84)
Beliau juga menjadi penulis kepada Abu Bakar dan Umar semasa kedua-dua khalifah berkenaan memerintah negara Islam. Malah Umar pernah menyerahkan kota Madinah kepada pengawasan beliau sebanyak tiga kali semasa ketiadaannya. Sama juga keadaannya semasa pemerintahan khalifah Uthman, beliau telah diberi kepercayaan untuk mengawasi kota itu.
Disamping khidmatnya kepada para sahabat yang menjadi khalifah selepas kewafatan baginda saw, beliau juga adalah seorang ilmuan ulung. Kedudukannya diakui sendiri oleh baginda saw di dalam hadithnya yang menyebut : "Orang yang paling arif dikalangan kamu tentang faraid ialah Zaid". Dengan kedudukan itulah, Imam al-Shafi'i menerima pendapat beliau di dalam urusan faraid.
Pada masa baginda saw, beliau merupakan salah seorang sahabat yang dibenarkan mengeluarkan fatwa. Ibn Hazm mengatakan, beliau adalah sahabat yang paling banyak mengeluarkan fatwa.
Semasa pemerintahan Abu Bakar, beliau adalah diantara orang yang berusaha mengumpulkan al-Quran. Umar dan Uthman amat memuliakannya. Kedudukan ini ternyata apabila kedua-dua khalifah itu mengutamakannya daripada sahabat yang lain di dalam masalah kehakiman, fatwa, faraid, dan qiraat.
Di dalam bidang hadith, beliau termasuk ke dalam mereka yang banyak meriwayatkan hadith daripada baginda saw. Periwayatan beliau diterima oleh sebilangan besar para perawi di kalangan sahabat dan tabi'in. Diantara mereka termasuklah Ibn Amru, Abu Sa'id, Abu Hurairah, Abdullah bin Zaid, Sahl bin Hanif, Anas bin Malik, dan Sahl bin Saad. Diantara para tabi'in pula, Said bin al-Musaiyyib, Sulaiman bin Yassar, Bishr bin Said, dan anak Bishr, iaitu Kharijah dan Sulaiman.
Kehebatan beliau di dalam bidang ilmu ternyata apabila sepuluh orang fuqaha' Madinah pernah menjadi murid beliau. Mereka ialah Said bin Musaiyyib, Abu Salamah bin Abd al-Rahman, Ubaidullah bin Abdullah, Utbah bin Mas'ud, Urwah bin al-Zubair, Abu Bakr bin Abd al-Rahman, Kharijah bin Zaid, Sulaiman bin Yassar, Abban bin Uthman, dan Qubaidah bin Dhu'aib. Beliau wafat di Kota Madinah pada tahun 45H.

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008