Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 14, 2010

Ahmad bin Hanbal

  • Ahmad bin Hanbal
Seorang ulamak yang tidak diragui tentang ketokohan, kepimpinan, kealiman, dan kezahidan hidupnya. Beliau adalah salah seorang Imam Mazhab yang terkenal, iaitu Mazhab Hanbali dan dianggap hujah dikalangan ulamak, terkemuka di dalam bidang Hadith dan Fiqh.
Beliau dikenali dengan panggilan Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal al-Shaibani al-Marwazi (al-Nawawi 1:110; al-Shirazi :91)
Berasal dari wilayah Marwu, tetapi dilahirkan di Kota Baghdad pada tahun 64H. Di sinilah beliau dibesarkan dan menetap sehingga ke saat akhir hayatnya. Dalam usahanya mencari ilmu, beliau telah menjelajah ke beberapa Kota Islam pada waktu itu, antaranya Mekah, Madinah, Sham, Yaman, Kufah, Basrah, dan al-Jazirah. (al-Nawawi 1:110)
Dalam meriwayat hadith, beliau menerimanya daripada Sufyan bin Uyainah, Ibrahim bin Saad, Yahya al-Qattan, Hushiam, Waki', Ibn Illiyyah, Ibn Mahdi, Abd al-Razzaq dan lain-lain. Diantara mereka yang menerima hadith-hadith riwayat beliau ialah gurunya Abd al-Razzaq, Yahya bin Adam, Abu al-Walid, Ibn Mahdi, Yazid bin Harun, Ali bin al-Mudaiyini, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Zuhali, Abu Zar'ah al-Razi, al-Baghawi, Ibn Abi Dunya, Abu Hatim al-Raz, dan ramai lagi. (al-Nawawi 1:110)
Kepimpinan beliau dikalangan para ilmuan telah diakui ramai ulamak. Imam Shafi'i yang pernah menjadi gurunya berkata : "Aku belum pernah melihat seorang yang lebih tinggi pemikirannya dari Ahmad bin Hanbal, Sulaiman bin Daud al-Hashimi". Abu Za'ah berkata : "Aku belum pernah melihat seorang yang cukup sempurna selain dari Ahmad bin Hanbal dar sudut kezahidan dan kefaqihan, dan kelebihannya di dalam banyak perkara". Abu Hatim ditanya tentang Ahmad bin Hanbal dan Ali bin al-Mudaiyini, beliau menjawab: "Kedua-duanya hampir sama dari segi hafalan, tetapi Ahmad mempunyai kelebihan dar segi ilmu Fiqhnya". (al-Nawawi 1:110)
Qutaibah bin Saad meletakkan Ahmad bin Hanbal mendahului al-Thauri, Malik, al-Auza'i, dan al-Laith bin Saad. Abu Thaur berkata: "Ahmad bin Hanbal lebih alim dan lebih tinggi fiqhnya daripada al-Thauri". (al-Shirazi :91)
Dalam liku-liku pembelajarannya, beliau telah berguru dengan beberapa orang guru, diantara mereka ialah Sufyan bin Uyainah, Ibrahim bin Saad, Yahya bin Said al-Qattan, Hushaim bin Bashir, Mu'tamir bin Sulaiman, Ismail bin Illiyyah, Waki' bin al-Jarrah, Abd al-Rahman bin Mahdi, dan Imam al-Shafi'i. Selain dari itu, beliau sendiri mempunyai murid yang berkaliber, seperti anaknya Abdullah, Abdullah bin Said al-Wahshi, Ahmad bin Hasan al-Tirmidhi, Ahmad bin Saleh al-Misri, al-Hasan bin al-Sabah al-Wasiti, Abu Daud al-Sajistani, Abd Wahhab bin Abd al-Hakim al-Warraq dan lain-lain. (al-Maraghi 1:160)
Beliau telah meninggalkan kepada dunia ilmuan Islam beberapa buah kitab hasil nukilannya, antaranya ialah Kitab al-Musnad di dalam Ilmu Hadith, Kitab al-Nasikh wa al-Mansukh, Kitab al-Zuhd, al-Ma'rifah wa al-Ta'lil, al-Jarh wa al-Ta'dil, al-Raad 'ala al-Zanadiqah wa al-Jahmiyyah, al-Risalah al-Saniyyah fi al-Solah, Kitab al-Masa'il 'an Abi Daud al-Sajistani, al-Ashribah, 'ilal al-Hadith, dan Ma'rifat al-Rijal. (Umar Rida Kuhalah 1:262)
Pendapat beliau berkaitan persoalan hukum banyak dirakamkan di dalam kitab-kitab al-Muhadhdhab, al-Wasit, dan al-Raudah. (al-Nawawi 1:110)
Beliau wafat di Kota Baghdad pada tahun 241H. (al-Nawawi 1:110)

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008