Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 14, 2010

Al- Syafi'i

  • Al- Syafi'i (w 204H / 819M)
Beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Shafi' bin al-Sa'ib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hashim bin Abd Muttalib bin Abd Manaf al-Qurashi al-Muttalibi. (al-Shirazi :71)
Beliau ialah salah seorang Imam Mazhab yang empat, mahir dalam pelbagai ilmu, antaranya ilmu Fiqh, Usul, Hadith, Tafsir, dan Bahasa. Semua Ulamak mengiktiraf tentang keutamaan, kepimpinan, dan ketokohannya sebagai seorang ilmuan agong.
Kelahiran beliau, menurut pendapat yang masyhur adalah di Ghazzah, Palestin pada tahun 150H. Kemudian berpindah bersama ibunya ke Mekah pada tahun 152H, (ketika umurnya baru mencapai dua tahun). Pada tahun 164H, beliau berpindah ke Madinah dan menetap di sana sehingga tahun 179H. Selepas itu beliau berhijrah ke Yaman dan tinggal di negara tersebut sehingga tahun 184H. Kemudian beliau merantau pula ke Kota Baghdad, tetapi beliau tidak lama di Kota berkenaan kerana pada tahun 186H beliau kembali ke Mekah.
Oleh kerana Kota Baghdad yang merupakan pusat perkembangan ilmu telah memikat hati beliau, telah menyebabkan beliau berangkat sekali lagi ke Kota itu pada tahun 195H dan berada di sana sehingga tahun 197H. Setahun selepas itu beliau berangkat semula ke Kota Baghdad sebelum beliau berpindah ke Mesir dan menetap di negara itu sehingga beliau wafat pada tahun 204H. (al-Asnawi 1:11-12; Ibn Hidayatillah :13; Mat Saad Abdul Rahman :4-7)
Siri perpindahan al-Shafi'i bukanlah kerana mengejar kebendaan, tetapi kerana memantapkan ilmu di dada. Hal ini kita dapati ketika beliau berada di Kota Mekah, beliau telah berguru dengan Mufti Mekah sendiri, iaitu Muslim bin Khalid al-Zinji dan beberapa tokoh yang lain, seperti Sufyan bin Uyainah, Said bin Salim al-Qaddah, Daud bin Abd al-Rahman al-Attar, dan Abd al-Hamid bin Abd al-Aziz bin Abi Rauwwad. (Mat Saad Abdul Rahman, Ensiklopedia Fuqaha' 1:5).
Ketika di Kota Madinah, beliau berguru dengan Imam Malik bin Anas, Ibrahim bin Saad al-Ansari, Abd al-Aziz bin Muhammad al-Drawurdi, Ibrahim bin Yahya al-Asami, Muhammad bin Said bin Abi Fadyak, dan Abdullah bin Nafi' al-Sa'igh. (al-Bultaji :19)
Semasa di Yaman, beliau sempat berguru dengan beberapa tokoh figh dan fatwa negara itu, antara mereka ialah Matraf bin Mazin, Hisham bin Yusuf, Amru bin Salamah, dan Yahya bin Hassan. (al-Bultaji :19, 27-28).
Di Kota Baghdad pula, beliau sempat bertemu dengan Muhammad bin al-Hasan al-Shaibani dan berguru dengan beliau, dan juga dengan beberapa tokoh lain seperti Waki' bin al-Jarrah, Abu Usamah Hammad, Ismail bin illiyyah, dan Abd al-Wahhab bin Abd al-Majid. (al-Bultaji: 19)
Selain daripada guru dari pelbagai aliran dan Mazhab, Imam al-Shafi'i juga mempunyai ramai murid yang berkaliber di merata tempat. Hal ini disebabkan beliau telah menyebarkan di Masjid al-Haram di Kota Mekah, di Masjid al-Nabawi di Kota Madinah, di Masjid Amru bin al-'As di Mesir, dan dibeberapa buah masjid lain di Iraq.
Diantara mereka ialah Ahmad bin Khalid al-Khallal, Imam Ahmad bin Hanbal, Ahmad bin Muhamad al-Sairafi, Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Hakam, Abu Thaur Ibrahim bin Khalid, Ishaq bin Rahuwaih, Islmail bin Yahya al-Muzani al-Misri, al-Hasan bin Muhammad bin al-Sabah al-Za'farani, al-Husain bin Ali bin Yazid al-Karabisi, Harmalah bin Yahya bin Abdullah al-Tajibi, al-Rabi' bin Sulaiman bin Daud al-Jizi, al-Rabi' bin Sulaiman al-Jizi, Abu Bakr al-Humaidi, Yusuf bin Yahya al-Buwaiti, dan Yunuf bin Abd al-A'la. Kesemua mereka adalah tokoh-tokoh Mazhab Syafi'i sesudah beliau wafat. (al-Maraghi 1:139)
Diantara kitab-kitab yang beliau hasilkan ialah al-Hujjah (ia merupakan rujukan kepada mazhab qadimnya), al-Risalah (kitab pertama dalam ilmu Usul Fiqh), al-Umm (ia merupakan rujukan kepada mazhab jadidnya), Ahkam al-Quran (berkaitan dengan Tafsir Ayat-ayat Hukum), Ikhtilaf al-Hadith, Ibtal al-Istihsan, Kitab Jima' al-Ilm, Kitab al-Qias, Kitab al-Mabsut fi al-Fiqh, Kitab Ikhtilaf Malik wa Shafi'i, Kitab al-Sabq wa al-Rami, Kitab Fada'il Quraisy, Kitab al-Radd 'ala Muhammad bin al-Hasan, Kitab al-Imla' al-Saghir dan lain-lain. (al-Maraghi 1:139-140)
Beliau wafat di Mesir pada tahun 204H. (al-Nawawi 1:46)

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008