Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 14, 2010

Abu Hanifah

  • Abu Hanifah
Beliau ialah Abu Hanifah al-Nu'man bin Thabit bin Zuta bin Mah, berasal dari keturunan hamba kepada Taimillah bin Tha'labah, tergolong ke dalam kumpulan tabi'in. (al-Shirazi :86). Beliau adalah salah seorang Imam Mazhab Sunni yang empat, iaitu Mazhab Hanafi. Dilahirkan pada tahun 80H di Kota Kufah pada masa pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyyah dan wafat di Kota Baghdad tahun 150H.
Pada peringkat awalnya, beliau adalah seorang ahli perniagaan, kemudian bertukar menjadi seorang ilmuan, mempelajari Ilmu Fiqh daripada beberapa orang guru, di antaranya ialah Hammad bin Sulaiman, Ata' bin Abi Rabah, Abu Ishaq al-Sabi'i, Muharib bin Daththar, al-Haitham bin Habib al-Sarraf, Muhammad bin al-Munkadir, Nafi', Hisham bin Urwah, dan Sammak bin Harb. (al-Maraghi 1:107)
Beliau terkenal sebagai seorang yang handal berdebat dan tinggi ilmunya di dalam Ilmu Fiqh. Kedudukan ini dapat disaksikan di dalam kata-kata Imam Shafi'i: "Manusia kesemuanya menjadi seperti kanak-kanak dihadapan Abu Hanifah di dalam Ilmu Fiqh". Katanya lagi: "Sesiapa yang ingin mendapatkan hadith sahih, maka hendaklah dia berjumpa dengan Malik, sesiapa yang ingin kepintaran di dalam perdebatan maka hendaklah dia berjumpa dengan Abu Hanifah, dan sesiapa yang inginkan Ilmu Tafsir, maka hendaklah dia berjumpa dengan Muqatil bin Sulaiman". Ibn al-Mubarak berkata: "Aku tidak pernah melihat seseorang seperti Abu Hanifah di dalam Ilmu Fiqh". (al-Nawawi 2:220)
Selain dari Ilmu Fiqh, beliau juga turut mahir di dalam ilmu-ilmu lain, seperti Ilmu Kalam, Nahu, dan Sastera. (al-Maraghi 1:107). Beliau juga seorang yang kuat beribadat (solat), banyak membaca al-Quran, kuat berjaga malam, dan bersifat pemurah dan warak. Apabila ditawarkan oleh khalifah Abu Ja'far al-Mansur untuk menjadi qadi, beliau menolaknya hinggakan beliau disebat dan dipenjarakan. Sufyan bin Uyainah berkata: "Tidak ada orang yang datang ke Mekah pada masa ini yang banyak menunaikan solat selain dari Abu Hanifah". Abu Yusuf mengatakan bahawa gurunya itu tidak tidur sepanjang malam kerana beribadat dan berdoa. (al-Nawawi 2:220)
Di dalam periwayatan hadith, beliau menerima daripada Ata' bin Abi Rabah, Abu Ishaq al-Sabi'i, Muharib bin Daththar, al-Haitham bin Habib al-Arraf, Qais bin Muslim, Muhammad bin al-Munkadir, Nafi', Hisham bin Urwah, Sammak bin Harb, dan lain-lain. Mereka yang menerima periwayatan beliau, antaranya ialah Abu Yahya al-Hamani, Hushaim bin Bishr, 'Ubbad bin al-Awwam, Abdullah bin al-Mubarak, Waki' bin al-Jarrah, Yazid bin Harun, Abu Yusuf al-Qadi, Muhammad bin al-Hasan, Abd al-Razzaq bin Human, dan lain-lain. (al-Nawawi 2:216)
Antara hasil penulisan beiau ialah al-Fiqh al-Akbar, sebuah kitab di dalam akidah dan Ilmu Kalam, dan hanya tiga tajuk sahaja di dalam Ilmu Fiqh. Beliau juga mempunyai sebuah Musnad dalam Ilmu Hadith yang diusahakan oleh murid-muridnya. (al-Maraghi 1:110)

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008