Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 14, 2010

Hafsah bint Umar r.ha

  • Hafsah bint Umar r.ha
Merupakan salah seorang isteri baginda saw. Beliau adalah puteri kepada sahabat besar dan khalifah Islam kedua iaitu Umar bin al-Khattab. (al-Nawawi 2:339). Beliau dilahirkan pada tahun yang sama dengan kelahiran Fatimah, iaitu tahun kelima sebelum baginda dibangkit menjadi Rasul. (al-Nawawi 2:339). Beliau dikatakan seorang perempuan yang cantik dan bersifat takwa. (al-Istanbuli :63).
Ibunya bernama Zainab bint Maz'un. Beliau termasuk diantara wanita yang turut sama berhijrah ke Madinah bersama-sama Rasulullah saw. Menurut satu pendapat, Hafsah berkahwin dengan Rasulullah saw pada tahun ketiga hijrah, iaitu sesudah suami pertamanya, Khunais bin Hudhafah al-Sahmi (salah seorang pejuang dalam peperangan Badar) meninggal dunia di Madinah. (Ibn al-Athir 6:65; al-Nawawi 2:338)
Hafsah turut meriwayatkan beberapa buah hadith daripada baginda saw. Menurut al-Nawawi, beliau telah meriwayatkan sebanyak 60 buah hadith dan periwayatannya diterima oleh adiknya Abdullah. Pendapat beliau berkaitan hukum dicatatkan beberapa kali di dalam kitab-kitab al-Mukhtasar, al-Muhadhdhab, al-Wasit dan al-Raudah. (al-Nawawi 2:33)
Apabila al-Quran dikumpulkan pada masa pemerintahan Abu Bakar dari pelbagai versi simpanan para sahabat, beliau merupakan orang pertama yang diamanahkan khalifah untuk memeliharanya. Sama keadaannya pada pemerintahan bapanya dan juga zaman pemerintahan Uthman bin Affan. (al-Istanbuli :66)
Menurut al-Waqidi, beliau wafat dalam bulan Sya'ban, tahun 45H, semasa umurnya 60 tahun. Menurut pendapat yang lain, mengatakan bahawa beliau wafat pada tahun 41H, iaitu tahun kewafatan Muawiyah bin Abi Sufyan. Manakala pendapat ketiga mengatakan bahawa beliau wafat pada tahun 50H. (al-Nawawi 2:339)

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008