Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 14, 2010

Fatimah bint Rasulullah r.ha

  • Fatimah bint Rasulullah r.ha
Beliau merupakan puteri Rasulullah saw yang keempat. Ibunya bernama Khadijah bint Khuwailid. Dilahirkan pada tahun kelima sebelum baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Perawakannya amat banyak menyerupai diri baginda saw. (al-Istanbuli :143)
Fatimah di didik dan dibesarkan di bawah asuhan dan jagaan Rasulullah saw dan isterinya Khadijah. Beliau merupakan puteri kesayangan baginda. Beliau dikenali dengan gelaran al-Zahra dan kuniahnya menurut al-Nawawi ialah Umm al-Hadi. Manakala menurut pendapat yang lain pula, beliau di panggil Umm Abiha. (al-Istanbuli :143; al-Nawawi 2:352)
Sama seperti ayahandanya saw, Fatimah juga merasai asam garam dan pahit getir yang dialami pada peringkat awal dakwah Islam di Mekah. Kesan kekurangan makanan akibat dari pemboikotan Quraish terhadap umat Islam pada masa itu telah menyebabkan tubuhnya menjadi lemah sepanjang hayat.
Selepas pemboikotan tersebut, beliau mengalami tekanan hidup sekali lagi dengan sebab kewafatan ibunya Khadijah. Situasi ini telah menyebabkan Fatimah terpaksa mengambil alih sebahagian tanggungjawab ibunya terhadap ayahandanya saw. Dengan demikian, beliau telah dikuniahkan sebagai Umm Abiha. (al-Istanbuli :144)
Semasa di Madinah, beliau telah dipinang oleh sahabat-sahabat besar, diantara mereka termasuklah Abu Bakar dan Umar. Tetapi baginda saw menolak kedua-duanya dan menerima pinangan Ali bin Abi Talib, sepupu baginda sendiri Fatimah dikahwinkan selepas peperangan Uhud, ketika usianya 15 tahun 5 bulan. (Ibn al-Athir 6:220; al-Istanbuli :145)
Terdapat beberapa riwayat tentang tarikh kewafatan Fatimah. Menurut pendapat yang dipersetujui oleh al-Nawawi, beliau dikatakan wafat sesudah kewafatan baginda saw selama 6 bulan. Dikatakan juga bahawa Fatimah wafat pada 3 hari sebelum berakhir bulan Ramadhan, tahun 11H, iaitu ketika usia beliau 27 tahun. Ada pendapat lain mengatakan bahawa beliau pada masa itu berumur 31; 30; atau 35 tahun. (al-Nawawi 2:352-353; Ibn al-Athir 6:226)

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008