Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 14, 2010

Hasan bin Ali r.a

  • Hasan bin Ali r.a
Nama lengkap beliau ialah al-Hasan bin Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abd Manaf al-Qurashi al-Hasyimi. Di kalangan ahli sejarah, beliau dikenali sebagai "Penghulu Para Remaja Ahli Syurga". Bentuk lahiriah beliau menyerupai baginda saw dan dikuniahkan dengan panggilan Abu Muhammad. (al-Nawawi 1:158).
Beliau adalah cucu kepada baginda saw, daripada puterinya Fatimah al-Zahra. Nama al-Hasan adalah pilihan baginda saw sendiri. Baginda juga turut melakukan aqiqah untuknya pada hari ketujuh kelahirannya serta bersedekah dengan perak seberat rambutnya. (Ibn al-Athir 2:10)
Diriwayatkan bahawa beliau telah menunaikan fardhu haji beberapa kali dengan berjalan kaki kerana beliau merasa malu kepada Allah swt kerana tidak berjalan kaki ke rumah Allah. Beliau berwatak lembut dan pemurah. Di dalam meriwayat hadith, beliau telah menerima sejumlah hadith daripada datuknya. Hadith-hadith riwayat beliau diterima oleh Aishah r.ha. Dari kalangan tabi'in yang menerima hadith-hadith beliau ialah puteranya al-Hasan, Abu al-Hawari bin Sinan, al-Sha'bi, Abu Wa'il, Ibn Sirin dan lain-lain. al-Nawawi 1:158)
Dalam persoalan hukum, pendapat beliau disebut-sebut di dalam kitab-kitab muktabar Mazhab. (al-Nawawi 1:158). Beliau telah dilantik menjadi khalifah negara Islam sesudah bapanya Ali bin Abi Talib terbunuh pada tahun 40H dan kekal dalam pemerintahannya salama 7 bulan. Wilayah pemerintahan beliau meliputi Hijaz, Yaman, Iraq, Khurasan, dan lain-lain. Kemudian, atas niatnya yang baik, beliau menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Muawiyah bin Abi Sufyan, gabenor Sham pada waktu itu, berdasarkan beberapa persetujuan diantara mereka berdua. Penyerahan ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya pertumpahan darah jika meletus peperangan diantara kedua-dua pihak. Perdamaian dan penyerahan kuasa ini berlaku pada tahun 41H. (al-Nawawi 1:159; Ibn al-Athir 2:14)
Pada tahun 49H (atau 50H atau 51H) beliau telah wafat di Kota Madinah pada masa pemerintahan Abd Malik bin Marwan, kerana diracuni dan disemadikan di tanah perkuburan Islam al-Baqi', Kota Madinah. (al-Nawawi 1:158; Ibn Hibban :62)

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008