Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Tuesday, April 13, 2010

Aishah bt Abu Bakar r.ha

  • Aishah bint Abu Bakar r.ha
Beliau ialah Aishah bint Abu Bakar. Anak perempuan khalifah pertama Abu Bakar al-Siddiq. Dikenali juga dengan panggilan (kuniah) Umm Abdillah. Beliau adalah salah seorang isteri kepada baginda saw. Justeru itu beliau dipanggil Umm al-Mukminin. Kedudukan beliau sebagai orang terdekat kepada baginda telah memberi peluang yang amat luas baginya mengetahui pelbagai sudut berkaitan syariat. Ini ternyata begitu jelas di dalam kata-kata Urwah (seorang sahabat terkenal): "Aishah adalah orang yang paling arif tentang hadith, tentang al-Quran, dan syai'r ". (al-Shirazi : 48)
Selepas wafat Rasulullah saw, beliau menjadi pakar rujuk para sahabat di dalam pelbagai hal, khususnya hal-hal yang berkaitan dengan urusan sulit kaum wanita. Masruq (seorang tabi'i) telah menyaksikan ramai para sahabat bertanyakan beliau tentang persoalan faraid. Keadaan ini adalah satu bukti tentang kedudukan beliau di dalam ilmu itu. Abu Musa al-Ash'ari pernah berkata: "Tidak ada kemusykilan dikalangan para sahabat, lalu apabila kami bertanyakan kepada Aishah, lantas kami akan mendapatkan ilmu" . (al-Shirazi :47)... Ali pernah berkata: "Jika orang perempuan dibenarkan menjadi khalifah, tentulah Aishah telah menjadi khalifah" (al-Shirazi :47)
Pada zaman Ali menjadi khalifah, beliau telah melibatkan diri dalam kancah politik negara, terutamanya di dalam membela kematian khalifah Uthman bin Affan. Beliau menuduh Ali sengaja melambat-lambatkan tindakan terhadap pembunuh Uthman. Lantaran itu, beliau melibatkan diri di dalam satu peperangan menentang khalifah Ali, pada tahun 36H, di suatu tempat yang dikenali sebagai al-Kharibah. Di dalam peperangan ini, beliau menunggang unta; dengan demikian, peperangan tersebut dikenali juga sebagai peperangan al-Jamal. (Hasan Ibrahim Hasan 1:366)
Selain dari itu, Aishah juga terlibat di dalam pemberontakan Abdullah bin al-Zubair menentang khalifah Yazid bin Muawiyah di Mekah yang bermula pada tahun 63H dan berakhir pada tahun 73H dengan pembunuhan Abdullah sendiri. (Hasan Ibrahim Hasan 1:409-414).
Beliau wafat dalam tahun 57H atau 58H di Madinah. (al-Shirazi 47; al-Nawawi 2:351; Ibn Abd al-Barr 4:1881; Ibn Hajar 12:433, 467; Ibn Saad 3:169, 8:58; Ibn Hisham 4:293; Hasan Ibrahim Hasan 1:409-414)

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008