Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Saturday, March 27, 2010

Uthman r.a

  • Uthman b. Affan r.a (w. 35H / 656M)
Nama sebenar; Uthman b. Affan b. Abi al-A's b. Umaiyyah b. Abd Syams b. Abd Manaf b. Qusai al-Umawiy al-Quraishi. Dilahirkan di Mekah 47 tahun sebelum hijrah (577M), dikatakan menganut agama islam menerusi dakwah Abu Bakar (Hasan Ibrahim Hasan 1:252 ; al-Maraghi 1:50, 55 ; al-Nawawi 1:321) .
Dikenali dengan panggilan Abu Abdullah, dan digelar Dhu al-Nurain kerana beliau adalah menantu Rasulullah saw, iaitu suami kepada Ruqaiyyah, kemudiannya Umm Kalthum, selepas kewafatan kakaknya Ruqaiyyah. Ibunya Urwa bt. Kariz, adalah anak perempuan kpd ibu saudara baginda, iaitu al-Baida' bt. Abd Muttalib, kembar kepada bapa baginda sendiri, Abdullah. (al-Nawawi 1:322 ; Hasan Ibrahim Hasan 1:252) .
Beliau tergolong ke dalam kumpulan bangsawan serta hartawan Quraish dan terkenal dengan sifat pemurah dan dermawan. Ketika baginda membuat persediaan untuk peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan wang sejumlah 1000 dinar, 300 ekor unta, dan 950 ekor kuda. Banyak lagi amal kebajikan lain yang dilakukannya untuk kepentingan Islam dan umat Islam. (al-Nawawi 1:324; al-Maraghi 1:59)
Beliau menyertai kesemua peperangan bersama baginda kecuali peperangan Badar kerana pada masa itu beliau terpaksa menemani isterinya yang uzur. (Hasan Ibrahim Hasan 1:253)
Baginda Rasulullah saw sering meminta bantuannya di dalam banyak urusan. Di antaranya beliau telah menjadi utusan baginda menemui orang-orang Quraish Mekah pada tahun 6H. Ketika baginda dan orang-orang Islam dilarang memasuki Kota itu untuk menunaikan umrah. Beliau juga merupakan sahabat yang disegani baginda sendiri. (al-Maraghi 1:59)
Pada masa pemerintahan Abu Bakar, beliau merupakan pembantu dan penulis khalifah itu. Abu Bakar banyak meminta pandangannya di dalam banyak perkara. Di dalam bidang ilmu, beliau adalah salah seorang perawi hadith yang menerima banyak riwayat daripada Rasulullah saw dan juga daripada para sahabat yang lain. Beliau juga merupakan seorang Mujtahid. Menurut al-Shirazi, beliau adalah salah seorang Faqih yang ulung. (al-Shirazi ;40)
Uthman memiliki sifat lemah lembut dan pemalu. Beliau juga dikatakan sering berpuasa kecuali pada hari-hari yang diarang berpuasa sahaja. (Hasan Ibrahim Hasan 1:252). Beliau dilantik menjadi khalifah ketiga selepas pembunuhan Umar bin al-Khattab pada tahun 23H. Pada masa pemerintahannya, kawasan pemerintahan Islam berkembang sehingga ke Tabaristan. Beliau juga berjaya memadamkan beberapa penentangan di wilayah-wilayah yang dikuasai tentera Islam. (al-Maraghi 1:59)
Semasa pemerintahannya, Uthman telah melakukan beberapa perkara yang dianggap penting bagi kestabilan dan perkembangan agama Islam. Diantaranya beliau telah mengarahkan agar disalin mashaf Abu Bakar ke dalam beberapa naskhah dan diedarkan ke seluruh kota Islam pada masa itu. Tujuan utamanya ialah agar semua umat Islam berpegang kepada satu mashaf al-Quran sahaja. Salinan ini dikenali sebagai Mushaf Uthman. Usahanya yang lain ialah memperluaskan Masjid Nabawi, menambah azan Jumaat, membina bangunan mahkamah untuk pengadilan. Pada masa Rasulullah saw, Abu Bakar, dan Umar, perbicaraan kes-kes kesalahan berlangsung di dalam masjid. (al-Maraghi 1:60-61)
Pada keseluruhannya, pemerintahan Khalifah Uthman adalah baik, kecuali pada peringkat akhirnya sahaja. Beliau tidak disenangi oleh sebahagian orang kerana dikatakan banyak memberi keutamaan kepada keluarganya sendiri di dalam urusan pentadbiran. Justeru itu, mereka mendesak agar khalifah Uthman meletakkan jawatannya. Mereka ini terdiri dari kumpulan pemberontak yang datang dari Kufah, Basrah, dan Mesir. Keengganan khalifah Uthman mematuhi kehendak mereka menyebabkan sebahagian mereka mengepung rumahnya dan membunuhnya dalam bulan Zulhijjah, tahun 35H; yakni ketika beliau berumur 82 tahun. Jenazahnya disemadikan diperkuburan al-Baqi', di Kota Madinah. (al-Shirazi :40; al-Nawawi 1:322; al-Maraghi 1:59).

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008