Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Saturday, March 27, 2010

Umar r.a

  • Umar al-Khattab r.a (w. 23H / 644M)
Nama sebenar; Umar b. al-Khattab b. Nufail b. Abd al-Uzza b. Riyah b. Abbdullah b. Qirt b. Razzah b. Adiyy b. Ka'ab b. Lu'ai b. Ghalib b. Malik b. Nadr al-Adawi al-Qurashi (al-Shirazi: 38 ; al-Maraghi: 1:45 ; al-Nawawi: 2:3)
Beliau digelar al-Faruq dan dikuniah sbg Abu Hafs (al-Maraghi: 1:54). Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah saw pada Ka'ab b. Lu'ai, iaitu datuknya yang ke 7. (al-Shirazi: 38) .
Beliau dilahirkan di Kota Mekah, 4 tahun sebelum berlakunya peperangan al-Fijar (atau 13 tahun sesudah kelahiran Rasulullah saw). Dibesarkan dalam pendidikan yang sempurna, dan ternyata memberikannya kedudukan yang tinggi dalam bidang bahasa dimana beliau terkenal sbg seorang tokoh yang fasih dan menguasai bidang berkenaan. Beliau mempunyai sikap yang tegas di dalam membela kebenaran. Pada masa kecilnya, beliau membantu bapanya mengembala kambing, kemudian melibatkan diri di dlm perniagaan y berulang alik antara Mekah dan Sham. (al-Nawawi 2:3 ; Hasan Ibrahim Hasan 1:208) .
Beliau berasal dari keturunan bangsawan Quraish, beliau dihormati dan sering dipilih menjadi utusan kabilahnya apabila berlaku peperangan diantara mereka dengan kabilah-kabilah yang lain. (al-Maraghi 1:54 ; Hasan Ibrahim Hasan 1:208) .
Sebelum menganut Islam, Umar adalah musuh yang paling ketat terhadap Rasulullah saw dan terhadap orang-orang islam hinggakan baginda pernah berdoa; "Ya Allah, Engkau teguhkanlah Islam dengan salah seorang diantara dua lelaki yang paling Kamu kasihi: Umar bin al-Khattab atau Amru bin Hisham. Tetapi keadaan ini bertukar menjadi sebaliknya apabila beliau menganut islam pada tahun kelima sebelum hijrah. Beliau menjadi orang yang paling kuat memperjuangkan dakwah Islam. (al-Maraghi 1:54)
Umar dianggap sebagai seorang sahabat yang sangat berani. Diantara kata-kata yang pernah diungkapkannya kepada musyrikin Mekah sebelum melakukan hijrah ke Madinah. "Sesiapa yang ingin terpisah daripada ibunya atau anaknya menjadi piatu atau isterinya menjadi janda, maka jejakilah aku hingga ke belakang lembah ini. Akibatnya, tidak ada seorangpun musuh yang berani mengekorinya. (al-Maraghi 1:55)
Selepas Islamnya, beliau banyak memberi sumbangan samada dalam bentuk harta benda atau buah fikirannya yang bernas khususnya di dalam bidang perundangan. Sebahagian ulama' mengatakan bahawa wahyu yang diturunkan kepada baginda telah menyetujui 14 masalah yang bersesuaian dengan ijtihadnya. Ini adalah di antara bukti kukuh yang menunjukkan kepintaran Umar di dalam perundangan. Menurut Said bin al-Musayyib: Saya belum pernah mengetahui seorang yang amat alim, selepas kewafatan Rasulullah saw, selain dari Umar. Sementara itu, al-Shairazi menyifatkannya sebagai seorang yang faqih dan pembesar sahabat yang terulung (al-Shirazi :28-29; al-Maraghi 1:55)
Di dalam peperangan yang berlaku pada masa baginda saw, tidak ada suatu peperangan yang beliau tidak menyertainya. (al-Maraghi 1:56). Pada masa pemerintahan Abu Bakar, beliau adalah penasihat dan pembantu kanan khalifah itu. Banyak kes yang diserahkan kepadanya untuk diselesaikan. (Hassan Ibrahim Hasan 1:211)
Beliau adalah seorang perawi hadith baginda saw. Ramai di antara para sahabat yang meriwayat daripada beliau, antaranya; Uthman b. Affan; Ali b. Abi Talib; Talhah b. Ubaidillah; Saad b. Abi Waqqas; Abd Rahman b. Auf; Ibn Mas'ud; Abu Dhar; Anas b. Malik; Ibn Zubair; dan Abu Hurairah. (al-Nawawi 2:5)
Pada tahun 13H, beliau dilantik menjadi khalifah kedua negara Islam sesudah kewafatan Abu Bakar r.a. Beliau adalah pemerintah pertama digelar Amir al-Mukminin. Di dalam bidang ketenteraan, tentera Islam telah berjaya menguasai Iraq, Sham, Mesir, sehingga ke Parsi. Beliau juga telah mengarahkan pembinaan kota Basrah dan Kufah.
Di dalam pembangunan Islam dan pemerintahannya, banyak perkara telah diperkenalkan, antaranya; pembentukan dewan yang berfungsi sebagai kementerian di dalam pemerintahan hari ini; mewujudkan takwim hijrah; memperkenalkan wang dirham yang diukir pada permukaannya lafaz al-Hamdulillah atau Muhammad Rasul Allah. Sebagai pemerintah yang perihatin kepada terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya, beliau sentiasa keluar malam memerhati dari dekat akan kehidupan rakyatnya. Untuk tujuan itu, diwujudkan institusi Baitulmal yang berungsi mengagihkan bantuan kepada rakyat daif yang memerlukannya.
Beliau telah meningkatkan mutu Institusi Kehakiman dengan mengasingkannya daripada urusan pentadbiran negara. Di samping itu, para hakim diberikan peruntukan gaji yang tetap. Demikian halnya dengan ketenteraan apabila beliau telah mewujudkan pasukan tentera yang berunifom dengan sistem latihan yang sungguh rapi. Mereka diberi gaji khas dari Baitulmal.
Beliau terkenal sebagai seorang pemerintah yang amat keras di dalam membela kebenaran. Biarpun begitu, beliau amat merendah diri, bersifat zuhud, dan amat menyintai akhirat. Anas (iaitu bapa kepada Imam Malik) meriwayatkan bahawa beliau melihat empat bahagian tampungan pada baju yang dipakainya. Anas mengatakan, di dalam riwayatnya; bahawa tampungan itu beliau lakukannya sendiri. (al-Nawawi 2:6)
Beliau wafat pada bulan Zulhijjah, tahun 23H, semasa berusia 63 tahun, kerana ditikam oleh Abu Lu'lu'ah Fairuz al-Farisi al-Majusi (hamba kepada al-Mughirah bin Shu'bah). Masa pemerintahan beliau berlangsung selama 10 tahun, 6 bulan, dan 5 malam. Beliau disemadikan di samping baginda saw dan Abu Bakar di Kota Madinah. (al-Shirazi 38; al-Maraghi 1:56-57; al-Nawawi 2:3-15; Ibn al-Athir 4:179).

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008