Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Friday, March 26, 2010

Abu Bakar r.a

  • Abu Bakar As-Siddiq (w. 13H / 634M)
Nama sebenar ; Abdullah b. Uthman b. Amru b. Ka'ab b. Sa'ad b. Taim b. Murrah b. Ka'ab b. Lu'ai al-Taimi al- Qurashi. (Ibn al-Athir 6:37 ; al-Shirazi 36 ; al-Maraghi 1:50).
Pada zaman jahiliah; dikenali sebagai; Abd al-Ka'abah. Setelah memeluk islam, baginda saw menamakannya dengan Abdullah.
Dikenali dengan kuniah; Abu Bakar, dan digelar dgn 2 gelaran: al-Siddiq kerana beliau merupakan org pertama mempercayai cerita baginda saw tentang peristiwa isra' & mikraj ; al-A'tiq kerana sabda baginda saw kpdnya ; "Kamu adalah seorang yang bebas daripada api neraka". Bapanya dikenali dengan kuniah; Abu Quhafah (al-Maraghi 1:50)
Beliau dilahirkan di Kota Mekah selepas 2 tahun sesudah peristiwa bergajah. Dalam sejarah islam, beliau adalah lelaki pertama yang beriman dengan risalah baginda saw. Di atas usahanya, beberapa orang sahabat lain turut menganut islam seperti, Uthman b. Affan ; al-Zubair b. al-Awwam ; Abd Rahman b. Auf ; dan Saad b. Abi Waqqas. (al-Nawawi 2:182, 191 ; al-Maraghi 1:50)
Beliau merupakan sahabat dan teman baginda ketika bersembunyi di Gua Hira' dan ketika berhijrah ke Madinah. Pada masa peringkat awal Islamnya, beliau banyak menderita dan menerima siksaan daripada kaum musyrikin Mekah, tetapi segalanya dihadapi dengan tabah dan sabar.
Beliau amat perihatin pada setiap ketika tentang keselamatan Rasulullah saw. Justeru itu, beliau sentiasa menemani baginda di dalam semua peperangan. Sebahagian penulis telah meletakkan taraf beliau sebagai menteri kepada baginda saw. Disamping itu, beliau merupakan diantara para sahabat yang banyak membelanjakan hartanya pada jalan Allah. ( al-Maraghi 1:51)
Disamping sebagai seorang sahabat, beliau juga mempunyai pertalian kekeluargaan dengan baginda, kerana beliau adalah bapa mertua baginda sendiri. Kedudukan ini berlaku apabila baginda berkahwin dengan anak perempuannya Aishah bt. Abu Bakar r.ha. Selain itu, keturunan beliau bertemu dengan keturunan baginda pada Murrah b. Kaab. (al-Maraghi 1:53)
Beliau adalah Khalifah Islam yang pertama di dalam rangkaian pemerintahan Khulafa' Raasyidun. Beliau dilantik memegang jawatan itu pada tahun 11 H, sesudah kewafatan baginda saw dan pemerintahannya berterusan sehingga ke saat kewafatannya pada tahun 13 H.
Pemerintahan beliau berjalan di atas dasar tegas; adil; dan bertimbang rasa. Beberapa siri peperangan berlaku pada masa pemerintahannya seperti peperangan menentang orang islam yang enggan membayar zakat dan golongan murtad selepas wafatnya baginda saw. Pada masa pemerintahan beliau juga, negara Sham (Syria) dan sebahagian besar Iraq sempurna dibuka oleh tentera Islam.
Selain dari sumbangannya di dalam bidang politik, beliau juga adalah seorang yang amat arif tentang Ilmu Keturunan, khususnya keturunan kabilah Quraish dan pelbagai kisah berkaitan dengan kabilah tersebut. Beliau juga adalah perawi Hadith baginda saw. Ramai para sahabat yang meriwayatkan hadith daripada beliau, antaranya Umar ; Uthman ; Ali ; Abd Rahman b. Auf ; Ibnu Mas'ud ; Ibnu Umar ; Ibnu Abbas ; Hudhaifah ; dan Zaid b. Thabit.
(al-Nawawi 2:182) .
Beliau juga terkenal sebagai seorang Mujtahid, Ijtihadnya yang termasyhur ialah tindakan memerangi kumpulan yang enggan membayar zakat sesudah kewafatan baginda. Tindakan tersebut mendapat persetujuan para sahabat tanpa sebarang bangkangan. (al-Nawawi 2:182 ; al-Maraghi 1:52)
Menurut kenyataan Imam al-Haramain,
Abu Bakar ra adalah seorang sahabat yang berani memberi fatwanya di hadapan Rasulullah saw. Diriwayatkan bahawa beliau telah memberi pendapatnya di dalam kes Ma'iz al-Aslami dan kes harta rampasan Abu Qatadah. (al-Shirazi 37) .
Ketika berusia 63 tahun, bertepatan tahun 13 H/ 634 M, beliau telah menghembus nafasnya yang terakhir, sesudah 2 tahun memerintah negara Islam dan disemadikan disisi makam baginda Rasulullah saw di Kota Madinah. (al-Shirazi 36 ; al-Nawawi 2:191)
dr : Ensiklopedia Fuqaha'

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008