Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Saturday, October 10, 2009

Semoga Allah bersamamu...

Selamatlah engkau bersama rahmat Allah swt.
Sedih sentiasa melanda setiap jiwa yang akan & sedang mengalami perpisahan dengan seseorang yang bermakna padanya samada ahli keluarga, sahabat, teman, dan sebagainya. Tetapi kita sering lupa, bahawa itulah fitrah kejadian yang Allah swt ciptakan untuk hamba yang disayangiNya bahawa setiap yang hidup pastinya akan berpisah, cuma bezanya adalah berpisah sementara ataupun selamanya.
Bersyukurlah sekiranya berlaku perpisahan yang sementara, tetapi sebaliknya bersabarlah pada sekiranya berlaku perpisahan yang kekal (mati). Sesungguhnya setiap yang Allah timpakan itu pastinya ada hikmah yang belum kita ketahui.
Post kali nie aku khususkan kepada sahabatku (pali) yang insyaallah akan berangkat ke Mesir bagi menunaikan tanggugjawabnya sebagai seorang pelajar islam yang dahagakan ilmu anbia'. Semoga pemergiannya ke negeri Anbia' bersama rahmat Allah swt. Sedikit rasa terkilan sebab kemungkinan besar aku tidak dapat menemaninya sehingga saat-saat terakhir beliau berada di Malaysia.
Samada aku masih lagi berkesempatan untuk bertemu dengannya ataupun tidak, tetapi selagi masih boleh mengecapi nikmat duniawi ini, insyaallah aku akan tetap mendoakannya. Tetapi sekiranya aku terlebih dahulu mendahuluinya menemui Allahu robbuljalil, ketahuilah bahawa sehingga saat akhir nafas itu masih tetap bernama SAHABATnya.
Inilah jalan perjuangan kita, onak dan duri seringkali melingkari perjalanan hidup, terkadang kita hampir terbabas dan tergelincir, tetapi punyai sahabat sepertimu telah banyak membantu samada dalam nasihat, teguran, dan sebagainya yang telah menyelamatkan aku dari terus tenggelam bersama noda-noda kotor.
Yakinlah, tidak akan aku persiakan sahabat sepertimu, sekiranya seribu pemuda yang menawarkan diri untuk menjadi sahabatku, nescaya aku akan tetap memilih untuk bersamamu, kerana seribu sahabat itu belum tentu memahami erti persahabatan jika dibandingkan dengan persahabatan yang engkau laksanakan. Tetapi sekiranya aku mempunyai seribu sahabat seumpama dirimu nescaya akulah orang yang bertuah dan itulah rahmat Allah untuk diriku dan tanda kasih sayang Allah kepadaku.
# Pergilah engkau dengan harapan agar tertegaknya agama Allah di atas ilmu pengetahuanmu #

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008