Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Friday, October 23, 2009

Niqab Mukminah

Apa fungsi sebenar??
Isu mengenai niqab @ purdah sekarang mendapat perhatian banyak pihak,.. tapi bukan itu yang mahu saya coretkan tetapi marilah sama-sama kita renungkan bersama perihal isu ini. Dalam sudut agama islam, purdah bukanlah perkara wajib yang mesti dan wajib dilaksanakan oleh kaum muslimat yang beriman dan beragama islam, bahkan dalam mazhab syafi'e sendiri pun mengharuskan untuk didedahkan bahagian muka dan pergelangan tangan.
Tetapi mengapakah masih ada umat islam yang ingin, bahkan mewajibkan kepada dirinya sendiri mahupun kepada orang yang berada dibawah tanggungjawabnya, (suami mewajibkan isterinya memakai purdah). Kenapa perkara ini terjadi, dan adakah orang tersebut telah melakukan kesalahan besar sehingga boleh mengeluarkannya dari agama islam?? tentu sekali jawapannya adalah tidak...
Sebelum saya coretkan lebih lanjut, ingin saya utarakan iaitu "Apakah sama, antara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?" yang demikian itu adalah beruntung bagi orang yang benar-benar mengetahui.
Bagi orang yang mengetahui, tentu sekali mereka akan merasakan bahawa mereka adalah golongan yang bertuah dan bersyukur kerana mendapat nikmat memakai purdah. Purdah bukan hanya sekadar hiasan bagi seseorang wanita islam tetapi sebagai tanda syukur kepada Allah di atas nikmat yang dianugerahkan kepadanya.
Pemakaian purdah sebenarnya adalah untuk membezakan antara wanita yang beriman dengan yang tidak beriman dan yang mengetahui (tentang hikmahnya) dengan yang tidak mengetahui. Sesungguhnya wanita yang memakai purdah dapat menyelamatkan dirinya dari kejahatan-kejahatan lelaki yang memandangnya, serta dapat menghindarkan rasa ujub dan rendah diri yang mungkin akan membinasakan agamanya dengan hanya mendapat dan mendengar pujian serta kutukan daripada orang yang tidak mengetahui.
Beza antara orang yang menjaga dirinya kerana Allah dengan orang yang menjaga dirinya sebagai manusia biasa adalah mereka mendapat keberkatan dari Allah. Bagi orang yang memakai purdah kerana Allah, maka Allah menyerikan wajahnya dengan NUR yang mana hanya diberikan kepada orang yang melakukan ibadat dengan ikhlas kerana Allah.
Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa memakai purdah adalah suatu yang menyusahkan dan ada juga yang mengatakan bahawa ramai pemakai-pemakai purdah yang melakukan kejahatan dan seterusnya menggambarkan serta menghukum bahawa orang yang memakai purdah belum tentu orang baik. Jika itulah jawapannya, maka apa pula jawapan kita sekiranya kita mendengar bahawa orang mengatakan bahawa islam adalah agama yang mengajarkan umatnya kejahatan, penzaliman, keganasan, pemberotakan, dan sebagainya berdasarkan tindakan-tindakan jahil dari orang islam yang tidak beriman?.
Apakah adil kita menghukum sesuatu secara keseluruhan sedangkan hanya sedikit yang jahil mengenainya melakukan kesilapan, maka sekiranya itulah yang kita lakukan maka sesungguhnya kita telah menzalimi diri kita dan kita secara tidak langsung telah mengundang agar dipercepatkan bala dan azab Allah swt. Jika kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara, janganlah kita berlakon seolah-olah kita mengetahuinya kerana Allah tetap menjaga agamaNya sekiranya tidak ada seorang pun manusia yang mahu menjaga agama Allah.
# Hayatilah ajaran Islam dgn Sepenuhnya #
P/s = Ada kesilapan, sila segera maklumkan kepada saya, agar ia dapat diperbetulkan.

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008