Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Monday, November 9, 2009

Fitnah Akhir Zaman

  • Kiamat semakin dekat..
Sesekali bila terfikirkan pelbagai masalah, terasa juga betapa jahilnya diri ini terhadap ilmu agama. Mana tidaknya, sekarang manakah jalan yang perlu aku ikut? terlalu banyak fahaman-fahaman yang sangat mengelirukan umat islam, sehingga ada yang mengatakan "fahaman akulah yang betul, dan fahaman engkau silap, engkau akan masuk neraka"... Masing-masing akan menunding jari serta mengatakan bahawa fahaman-fahaman yang selain dari yang mereka anuti itu adalah salah dan akan masuk neraka.
Begitu mudah mereka mengatakan sedemikian kepada saudara-saudara mereka yang sama-sama mengucap kalimah syahadah. Apakah inilah wajah islam yang sebenar? di manakah perasaan insan dan persaudaraan dalam islam? bukankah kita ketahui bahawa setiap musuh islam sentiasa mencari peluang untuk merobek hati-hati dan jiwa umat islam yang beriman agar mereka saling berpecah belah.
Maka kini telah berjayalah dan berhasillah jarum-jarum Yahudi dalam menghancurkan hati-hati umat islam sehingga mereka sanggup bercakaran sesama sendiri. Sekarang cubalah kita bermuhasabah diri, apakah yang telah kita lakukan untuk membela agama islam, atau adakah kita hanya menggunakan "agama islam" untuk kepentingan peribadi kita sendiri?? Kita rasakan kita telah memperjuangkan agama islam, tetapi hakikatnya kita sedang meruntuhkan agama islam. Teramatlah sedih sekiranya ini yang berlaku.
Terkadang aku terfikir, apakah jalan yang terbaik untuk aku mencari kebenaran disebalik fitnah-fitnah yang berlaku? ada juga aku terfikir untuk jadi pengikut setia kepada mana-mana kumpulan, tetapi secara logiknya, takkanlah aku nak jadi pengikut yang mengikut tanpa ilmu? sedangkan wajib bagi orang islam itu menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.. Maka dengan itu, suka atau duka kenalah juga aku mencari ilmu bagi menghalangi diri yang hina dina ini terjebak dengan fitnah dunia akhir zaman.
Aku bukanlah seorang yang terlalu jahil sehingga tidak mampu untuk mengeluarkan ayat-ayat al-quran ataupun hadis-hadis nabi saw. tetapi apakan daya aku seorang hamba yang lemah sehinggakan aku sentiasa tertanya ; apakah huraian yang akan aku nukilkan itu bertepatan dengan maksud yang ingin disampaikan oleh hadis & al-quran itu nanti? Inilah yang amat aku khuatirkan terhadap diriku.
Aku bimbang sekiranya dengan penjelasan aku nanti yang akan menyesatkan saudara seislam denganku. Untuk itu, biarlah aku timbulkan sedikit persoalan dan agar dengan sedikit usaha aku itu akan memberikan manfaat kepada golongan yang menggunakan akal mereka. Dan dengan persoalan itu akan membuatkan mereka mencari guru untuk mempelajari dan mencari jawapan terhadap persoalan mereka.
Dalam keadaan dunia sekarang yang penuh dengan ancaman fitnah, maka eloklah kita kembali kepada Allah & Rasul saw. iaitu dengan cara kita mempelajari akidah sepertimana yang diajarkan oleh nabi saw. Maka carilah guru yang boleh membimbing kalian ke arah itu. Hanya dengan mempelajarinyalah maka insyaallah kita akan selamat di dunia dan di akhirat.
Maka setelah itu, bimbinglah orang yang berada di dalam tanggunganmu mahupun yang di bawah tanggungjawabmu agar mereka turut terlepas dari fitnah akhir zaman. Selamatkanlah akidah mu wahai saudaraku, hanya inilah yang mampu aku serukan kepadamu.. Siapa lagi yang mampu kita harapkan untuk membela diri kita di mahsyar nanti?
Ingatlah, hanya ilmu dan amal soleh sahajalah yang akan menemani kita di kubur nanti, dan juga beruntunglah bagi pendidik yang mendidik pelajarnya dengan ilmu Allah, sehingga mereka beramal dengan ilmu yang kita ajarkan, maka selama mana mereka beramal dengannya, kita juga yang turut merasai barokah ilmu tersebut.
Sahabat ; sejauhmanakah kesedaran kita terhadap agenda musuh-musuh islam? Apakah terasa merdekanya jiwa kita dari pengaruh-pengaruh Yahudi yang pastinya akan berjuang menyesatkan umat islam dari akidah tauhid? sedangkan telah banyak agenda mereka telah terlaksana dan berlaku di sekeliling kita, ; saudara-saudara kita, pemuda-pemuda islam, pemudi-pemudi islam, mereka hanyut di dalam arus agenda Yahudi.
Tidakkah semua ini telah berlaku di depan mata kita sendiri? Terkadang hati ini menangis tanpa suara bila memikirkan suasana sekarang. Aku bimbang, dan aku takut sekiranya aku tidak dapat membimbing insan yang berada dalam tanggungjawab aku, terutama isteri dan anak-anak yang tersayang. Bagaimana nanti aku sebagai ketua keluarga untuk membimbing mereka??
Ketakutan demi ketakutan senantiasa menerpa hati yang dalam kebimbangan. Tapi itulah hakikat sebagai ketua keluarga ; aku hendaklah sentiasa mencari ilmu untuk menyelamatkan aku dan yang berada dalam tanggungjawabku dari azab Allah swt. Bagi sahabat-sahabat ; aku hanya mampu berdoa agar kalian menyedari fitnah-fitnah yang sedang berlaku sekarang ini ; dan carilah ilmu berkenaan akidah tauhid yang di ajarkan melalui lisan nabi saw. Hanya itulah yang dapat menyelamatkan kalian dari ancaman neraka.
# Akidahlah yang akan membimbing kalian ke arah Mardhotillah #

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008