Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Thursday, October 8, 2009

Nikmat ILmu

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kpd kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami, dan kurniakanlah kpd kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (Kurnia)." (Surah Ali-Imran; 3 : 8)
  • Memahami iLmu.
ILmu mesti difahami bukan diketahui. Kefahaman dalam islam sangat penting untuk melahirkan amalan yang tepat. ILmu adalah imam, manakala amal adalah makmumnya. Ada orang yang boleh menghafal iLmu tetapi tidak dapat memahaminya, seumpama burung kakak tua yang hanya mampu bertutur tetapi tidak faham apa yang dituturkannya. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Jika hendak diberikan kebaikan kepada seseorang, akan diberikan kepadanya kefahaman dalam beragama". (Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Melakukan Ketaatan.
ILmu tidak cukup sekadar difahami, tetapi wajib diamalkan. Manfaat iLmu hanya dapat dirasai apabila diamalkan. Orang yang mempunyai iLmu tetapi tidak mengamalkannya umpama pokok yang tidak berbuah. Dalam Matan Zubat ada ditulis; "Orang yang berilmu tetapi tidak beramal akan diseksa terlebih dahulu daripada penyembah berhala".
Melaksanakan ketaatan amat berat kerana ia suatu yang tidak disukai oleh hawa nafsu. Namun, orang yang diberi hidayah taufik akan dipermudahkan Allah untuk melaksanakan ketaatan.
  • Membenci Dosa.
Bukan mudah untuk membenci dosa kerana dosa sangat disenangi oleh hawa nafsu. Contohnya, memandang wanita mendedahkan aurat. Sangat sedikit orang yang mampu menunduk atau memalingkan pandangan. Namun, bagi orang yang telah dikurniakan hidayah taufik, bukan sahaja mampu memalingkan pandangan, tetapi merasa jijik melihat pendedahan aurat.
Bagi mereka, apa jua dosa sekalipun dosa kecil, dianggap berat dan besar lalu bertaubat. Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya; "Orang yang beriman itu melihat dosanya seperti gunung yang hendak menghempapnya. Tetapi bagi orang yang tidak beriman, melihat dosanya seperti seekor lalat yang hinggap dihidungnya". (Riwayat Dailami)
  • Kemanisan dalam Beramal.
Orang yang mendapat hidayah taufik bukan sahaja mudah melakukan ketaatan, bahkan mendapat kemanisan hasil ketaatannya itu. Solat, dirasakan manis dan asyik. Terasa bagai kekasih bercanda dengan kekasih. Tidak terasa masa berlalu. Jiwa rasa tenang, lapang, dan tenteram.
Oleh itu tidak hairanlah jika para sahabat Rasulullah saw & wali-wali Allah begitu lama dan banyak solatnya. Mereka telah mendapat kemanisan dari bersolat itu. Kekuatan hati hasil kemanisan iman mengalahkan rasa malas, letih, dan berat untuk beramal. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ; "Perkara dunia yang aku suka ialah wanita, wangian, dan dijadikan solat sebagai buah hatiku". (Riwayat Bukhari)
  • Mendapat Pertolongan & Bantuan Allah swt.
Orang yang mendapat hidayah taufik akan mendapat bantuan Allah swt. dalam apa jua perkara yang diusahakannya. Mereka tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh yang ramai. Mereka akan dapat mengatasi tipu daya musuh dengan bijak.
Mereka inilah yang disebut dalam hadis; "Ada diantara hamba-hamba-Ku yang mendekati-Ku dengan amalan-amalan sunat hingga matanya adalah mata-Ku yang melihat..." (Riwayat al-Bukhari)
Sesungguhnya, hidayah islam dan hidayah taufik adalah kompas kehidupan yang paling berharga dalam hati seorang mukmin untuk menepis dan menangkis segala bentuk tipuan syaitan dan bujukan hawa nafsu untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Ia adalah hadiah yang paling berharga daripada Allah untuk seorang hamba-Nya.

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008