Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 14, 2010

Fahaman Tajsim & Tasybih

  • Fahaman Tajsim & Tasybih
Sabda Rasulullah SAW : “Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad ditanganNya, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka. Bertanya para sahabat: “siapakah firqah(yang tidak masuk neraka) itu wahai Rasulullah? Nabi menjawab:”Ahlus Sunnah wal Jamaah”. (Hadith Riwayat at-Tabhrani)
Kebelakangan ini, timbul terlalu banyak fahaman-fahaman atau pemikiran-pemikiran yang boleh merosakkan aqidah umat Islam yakni aqidah yang disepakati iaitu aqidah ahlus sunnah wal jamaah. Antara fahaman yang berleluasa sekarang adalah seperti syiah, mujassimah, musyabbihah dan lain-lain lagi. Dalam isu ini, ingin di nyatakan tentang fahaman mujassimah dan musyabbihah iaitu golongan yang mentajsimkan atau menvisualisasikan Tuhan dan juga golongan yang menyamakan Tuhan dengan makhluk samada dari segi zat, sifat dan perbuatan. Kefahaman mereka ini jelas bertentangan dengan aqidah ahlu sunnah wal jamaah sepertimana ayat Allah SWT dalam surah as-Syuara ayat 11 :
Maksudnya: Tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Sesungguhnya Allah Taala itu tiada yang sebanding denganNya. Dia Maha Suci dari menyerupai makhluk. Zat-Nya juga Maha Suci dari sebarang tempat dan juga tidak diliputi oleh sebarang arah samada atas, bawah, kiri dan kanan. Telah ijma’ ahli salaf dan khalaf bahawa sesiapa yang beri’tiqad bahawa Allah Ta’ala berada di suatu arah adalah kafir, sabagaimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz al-Iraqi. Ini bersesuaian dengan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam Abu Hasan Asya’ari dan al-Baqilani.
Imam at-Tohawi berkata di dalam itab ‘Aqidahnya yang masyhur: I’tiqad ahli sunnah wal jamaah yang berada di atas jalan ahli feqah Islam seperti Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf dan Muhammad Ibn al Hasan, Maha Suci Allah daripada mempunyai sempadan, penjuru, anggota, peralatan dan Dia tidak dikuasai oleh arah yang enam (atas,bawah,kiri,kanan,hadapan dan belakang) seperti perkara ciptaan-Nya. Syaikh Abdul Samad Al Palembangi (wafat 1206h) dalam kitabnya yang masyur iaitu Hidayah Al Salikin menyebut "Maha Suci Allah Taala daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat yang tertentu pada satu benua dan berpihak pada yang tertentu".
Daripada kenyataan-kenyataan ulamak di atas, maka wajiblah untuk kita meyakini bahawa segala dakwaan dan fahaman yang dibawa golongan mujassimah dan musyabbihah ini adalah batil dan bertentangan sama sekali dengan pegangan aqidah ahli sunnah wal jamaah. Berhati-hatilah kita di dalam bab aqidah dan berbanyaklah mohon kepada Allah ditunjukkan jalan yang benar agar kita tidak tergelincir ke lembah kesyirikan kepada Allah Ta’ala yang mana Allah Ta’ala telah menyatakan bahawa tiada keampunan bagi mereka yang kembali dengan membawa dosa syirik kepada Allah Ta’ala.. Wallahu A’lam..

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008