Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Wednesday, April 14, 2010

Didiklah dengan nilai Akidah

  • Ingatkah kita??
Seringkali kita persoalkan masala-masalah sosial yang berlaku disekeliling kita akhir-akhir ini. Paling hangat dipasaran sekarang pasti kes pembuangan bayi yang semakin meningkat dari hari ke hari. Fakta lebih 17,000 kes anak yang didaftarkan sebagai anak luar nikah sepanjang tahun lepas menggambarkan betapa masalah sosial di negara kita yang majoriti berbangsa melayu dan beragama Islam semakin tenat. Maka timbullah suara-suara yang melontarkan bermacam-macam idea dan program untuk menangani masalah ini.
Jika disoroti kembali pada sirah Rasulullah, bagaimana Baginda membina tamadun manusia yang begitu hebat pemikirannya, berjiwa besar dan berakhlak dengan akhlak mulia. Pastinya kita temui bahawa Rasulullah memulakan dengan membina empayar iman di dalam jiwa mereka-mereka ini dengan menanam nilai aqidah dalam setiap pengajaran Baginda. Selam 13 tahun tahun dakwah Rasulullah di Mekah adalah untuk menanam nilai aqidah dihati manusia yang masih nanar dalam mencari Tuhan dan menilai sebuah tamadun kemanusiaan ketika itu. Hasil daripada pohon aqidah inilah lahirnya generasi yang telah membina empayar Islam sehingga menguasai tiga per empat dunia. Mereka sanggup berjuang dan berkorban untuk agama Islam. Tiada masa lagi bagi mereka untuk berada dalam keselesaan dan penderhakaan kepada Allah kerana hati-hati mereka telah dipasak yakin bahwa hidup mereka hanyalah untuk Allah. Jiwa mereka telah dirasuk roh jihad dan cinta kepada Islam.
Dari sorotan sirah inilah dapat kita ambil pengajaran bahawa peri pentingnya kita untuk menanam nilai aqidah di dalam diri anak-anak kita sekarang ini. Mereka perlu disedarkan dan dikenalkan siapakah Pencipta kita agar hati mereka tidak liar dan sentiasa ingat bahawa hidup ini bukan dijadikan sia-sia atau sekadar bersuka ria tetapi ada matlamatnya. Terkadang kita terlepas pandang dalam menekankan nilai aqidah dalam aspek pendidikan sekarang ini. Kita sering mencari penyelesaian masalah tetapi masalah asas dan paling pokok iaitu pendidikan aqidah jarang sekali disentuh, sistem pendidikan perlukan perubahan agar kita tidak terus melihat muda-mudi kita terus gugur seorang demi seorang tewas kepada putaran hidup yang semakin berkiblatkan barat.
Oleh itu para pendidik, mendidiklah dengan menanam nilai aqidah..walau siapa pun kita, atau diruang mana kita berada pasti ada ruang untuk kita membaiki kehidupan umat. Andai ada kemahuan pasti disana ada jalan petunjuk TUHAN. Kita tidak mahu sekadar menjuarai isu, tetapi hanya bersifat sementara. Perubahan yang diharapkan terus tidak kelihatan dan akhirnya isu berkubur seiring dengan berlalunya masa sepertimana isu murtad sedikit masa dahulu.

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008