Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Monday, December 28, 2009

Normal @ Sebaliknya?

Seseorang individu yang mempunyai 2 watak; merupakan penyakit atau tidak?; semoga Allah memelihara penulisan pada kali ini. Banyak persoalan yang cuba diselesaikan; Antaranya, Adakah setiap individu berisiko untuk mengalaminya?. Sejauhmanakah tahap bahayanya kepada individu terbabit, masyarakat, agama, dan negara? Untuk itu; sama-samalah kita meneliti perkara ini dikalangan masyarakat sekeliling kita.
Sebelum kita menyelami perkara ini dengan lebih jauh dan teliti; maka lebih elok jika sekiranya kita mengetahui taa'rifan permasalahan ini. Di sini penulis cuba datangkan 3 pendefinisian terhadap golongan "individu yang mempunyai 2 watak", tetapi kita hanya akan membincangkan 2 pendefinisian sahaja; 1- Pesakit Mental 2- Hipokrik dan 3- Munafik.
Diantara hipokrik dan munafik, adakah boleh jika kita mengkategorikan di dalam 1 kumpulan yang sama? Bagi penulis; secara individunya meletakkan golongan hipokrik dan munafik di dalam satu kumpulan yang sama kerana perkara dasar atau utama dalam golongan ini adalah menyembunyikan personaliti, watak yang sebenar.
Seterusnya cuba kita lihat perkara ini pada sudut pandang agama dan sirah nabi saw. Di dalam al-quran sendiri ada menceritakan mengenai perihal orang-orang munafik dalam surah al-Munaafiqun. Manakala melalui sirah junjungan kita Muhammad bin Abdullah saw; terdapat seorang individu yang cukup terkenal dengan kemunafikannya.
Selaku orang islam; molek sekiranya kita mengikut dan taat kepada apa yang diajarkan oleh baginda saw iaitu perlulah kita menghindarkan diri kita dari terbabit dengan golongan ini, kerana diantara tujuan mereka adalah untuk memecah-belahkan umat islam serta hubungan silatulrahim yang dibina sesama manusia @ jalinan persahabatan.
Setiap yang Allah ciptakan itu terdapat tanda-tandanya; begitulah juga dengan golongan ini terdapat tanda-tanda untuk kita mengenalinya. Agar kita akan lebih berwaspada dan menghindari daripadanya.
# Editan; Disember 2009 #
*p/s:-
  1. Akan dikemaskini lagi; berdasarkan bahan2 yang dijumpai.
  2. Jika terdapat kritik & saran; emailkan kepada penulis.
  3. Sebarang kesilapan; didahului dengan salam kemaafan.

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008