Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Tuesday, December 29, 2009

Nilai Seorang Adik

Boleh dikatakan hampir setiap orang mempunyai adik dalam kehidupan mereka, tetapi berapa ramaikah insan yang benar-benar mendapat nikmat mempunyai seorang adik? Alangkah bertuah jika insan itu merasai hikmahnya. Post pada kali ini merupakan 1 post yang istimewa iaitu post penghargaan buat diri yang bergelar adik…

Bagi sesetengah insan, mereka mempunyai adik lelaki dan juga perempuan. Alhamdulillah walaupun aku hanya mempunyai adik perempuan tetapi aku tetap dapat merasai nikmat mempunyai adik lelaki, (hehe). Kisahnya bermula pada masa awal tahun aku hadapi peperiksaan SPM, saat itu aku ditugaskan pada bahagian pembahagian buku teks kepada pelajar tingkatan 1 yang baru memasuki alam sekolah menengah, sejak hari itu maka bermulalah titik-titik tanggungjawabku terhadap adik lelaki.

Setelah beberapa tahun berlalu, serta pelbagai karenah dan ujian telah aku terima dan aku alami, maka setiap saat yang berlalu, aku sentiasa merasai betapa bernilai dan hebatnya mempunyai seorang adik lelaki, walaupun bukan dengan ikatan pertalian darah. Terkadang aku terfikir, apakah aku akan dapat merasai nilai seorang adik lelaki sekiranya dia merupakan adik kandungku, maka jawapan “tidak”lah yang aku ketemui.

“Adik” biasanya kita fahami bahawa seseorang yang lemah dan akan memberikan tekanan pada diri yang bergelar “abang” tetapi yakinlah sekiranya kita benar-benar mendalami jiwa “adik” maka akan kita temui satu pengorbanan besar yang pasti akan adik korbankan semata-mata kasih dan sayangnya buat kebahagiaan abangnya yang tersayang.

Adik sanggup menyembunyikan rasa sedih dan keperitan serta penderitaannya dari pengetahuan abang, kerana baginya, senyuman yang terukir pada wajah abang lebih utama dari kedukaannya. Amat malanglah bagi seseorang abang jika sekiranya tidak dapat menyelami hati kecil adiknya. Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan merenung kembali apakah yang telah adik lakukan untuk kita dan apakah yang telah kita lakukan untuk adik?

Sedikit perkongsian; betapa bernilainya adik buat diriku…

Disaat aku dibuang oleh teman dan kawan, adik hadir sebagai sahabat yang cuba memberikan titik semangat dan nasihat agar aku dapat meneruskan perjuangan yang telah hampir kepada “mengalah sebelum dikalahkan”. Tanpa ada perasaan jemu, adik senantiasa bersikap sebagai seorang sahabat sejati dan motivator.

Mungkin bagi sesetengah pihak pasti akan mengatakan; betapa teruknya aku sebagai abang, tetapi percayalah, ini merupakan 1 rahmat bagiku kerana dengan kejadian ini, aku semakin mengenali dan menyayangi adik dengan lebih baik, dan aku sedar bahawa walaupun aku sebagai seorang abang, namun aku juga sebagai manusia biasa yang hidupnya seperti roda.

Dengan adanya adik, aku dapat menjalani hidup dengan lebih baik kerana mempunyai adik yang bersikap seperti sahabat yang akrab, teman, serta sebagai motivator, yang mana ia diperlukan oleh setiap diri yang bergelar manusia. Yang penuh dengan kerelaan untuk menolong, membantu, dan sebagainya tanpa diragui lagi tentang sebuah kepercayaan. Adik; sanggup menyembunyikan kesedihannya dari pengetahuan abang, dimana tempat adik melepaskan kesedihannya?? Alhamdulillah dengan berkat keikhlasan menolong abangnya, maka Allah telah permudahkan penyelesaian baginya. Disaat abang bermasalah, adik menjadi pendengar yang setia serta mengingatkan abang tentang kebesaran Allah swt, serta tanggungjawab abang sebagai hamba Allah.

Setelah abang mengetahui risiko dan derita yang adik tanggung selama ini, tiba-tiba terasa longlai seluruh badan, ujian terlalu berat untuk adik tanganinya, namun abang tidak pernah melihat sedikitpun riak kesedihan dan kepedihan terhadap ujian yang sedang adik alami. Adik; ingatlah, abang akan selalu bersama adik dan menyokong adik, usahlah adik risau dan bimbang, doa abang sentiasa mengiringi adik pada setiap kali solat abang. Selain dari itu, hanya Allah yang dapat membalas jasa adik terhadap abang.

Oleh itu, ingatlah wahai yang mempunyai adik, bimbinglah dan tuntunlah adik kalian dengan baik, serta tunjukkanlah pekerti yang mulia, kerana disebalik keegoan mereka wujud beribu ungkapan sayang yang xmungkin dapat diluahkan mereka kepada kalian sekiranya kalian tidak memberikan mereka peluang sewajarnya.

Buat adik; tidak cukup dengan ucapan terima kasih bagi membalas jasa adik kepada abang, terlalu banyak pengorbanan yang telah adik berikan, sepertimana yang adik mahu yang terbaik untuk abang, begitu jugalah abang mahukan yang terbaik untuk adik, dan ingatlah, serta janganlah adik berasa gundah gulana, kerana abang sudi berkongsi apa sahaja yang boleh dijadikan perkongsian dengan adik, abang tetap abang adik buat selamanya, insyaallah...

Ya Allah

Kuatkanlah serta tabahkan hati adikku dalam menempuhi ujianMu

Janganlah Engkau ujinya dengan ujian yang berat

Bimbinglah dirinya menuju redhaMu ya Allah

Sesungguhnya aku teramat menyayangi adik lebih dari diriku

Bukankah Engkau sendiri menyukai serta menyintai

Saudara yang mengasihi antara satu sama lain

Ya Allah

Kau ampunkanlah dosanya sepertimana hambaMu yang

Menangis pada malam hari dalam mengharapkan ampunanMu

Sesungguhnya Engkau mengetahui semua perkara ghaib

Dan sesungguhnya Engkau lebih mengetahui kebaikan untuk kami

Melebihi pengetahuan kami sendiri

Maka berilah yang terbaik kepada kami

Jadikanlah aku serta adik seorang hambaMu yang taat

Terhadap perintah dan laranganMu

Janganlah Engkau murka serta azab kepada kami

Sesungguhnya kami ini terlupa, tetapi ampunkanlah kami

Jadikan kami hamba yang saling memperingati

Serta tunjuk dan tuntunlah kami ke jalan Engkau redhai

Amin!!!!!!!!!

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008