Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Friday, September 11, 2009

Ramadhan 3

10 Akhir Ramadhan
Ramadhan menjanjikan pahala amalan yang berlipat ganda dan cukup istimewa bagi orang muslim dan mukmin yang ingin meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jaya sekiranya kita melaksanakan:-
Pertama
: Jika setiap hamba benar-benar seorang muslim dan mukmin yang mengerjakan ibadat puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Nabi saw.
Kedua
: Sebagai orang muslim yang beriman, kita haruslah yakin dengan janji-janji Allah swt terhadap ibadat yang dilakukan ikhlas, kerana Allah swt adalah sebaik-baik yang menunaikan janji-janjiNya. Sabda Nabi saw yang bermaksud :
Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
Berbalik kepada kehidupan Nabi saw pada akhir Ramadhan, pesona peribadi dan perilaku baginda terlakar dalam hadith daripada Aisyah yang bermaksud:"
Adalah Rasulullah saw apabila masuk 10 akhir Ramadhan, baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli kelurganya dan mengikat pinggangnya. (Riwayat Bukhari dan Musim.)
Hadith di atas menunjukkan nabi saw mengajarkan umatnya agar bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat kerana pada malam akhir Ramadhan, Allah swt telah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda, dan ini menunjukkan betapa kasihnya Allah pada umat Nabi saw.
Dalam hadith ada menyebut bahawa Nabi saw telah
mengikat kainnya pada akhir Ramadhan, Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat mengenai "mengikat kain".Antara yang paling kuat (rajih) ia membawa dua pengertian:-
Pertama
- Rasulullah tidak mengauli isteri-isterinya, ini digambarkan sebagai mengikat kain.
Kedua
- Rasulullah bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat yang dilakukan.
Kedua-dua pengertian tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah saw tatkala tiba saat malam akhir Ramadhan (fathu al-Bari 6:310).
Selain itu, Nabi saw menghidupkan malam harinya. Nabi saw memberi pedoman yang terbaik kepada umatnya agar melakukan tranformasi dengan mengubah malam-malam biasa pada bulan-bulan selain Ramadhan dengan menghidupkan ketaatan kepada Allah swt melalui amalan ibadat. Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, sedekah, iktikaf, terutama semasa manusia sedang lena dan dibuai mimpa di satu pertiga pada malam hari (Fath al-Bari 6:310)
Nabi saw juga
membangunkan ahli keluarganya pada malam akhir Ramadahan. dan dalam hal gerak kerja beribadat, Nabi saw tidak pernah melupakan atau mengabaikan ahli-ahli keluarganya bahkan baginda adalah orang yang paling mengasihi ahli keluarganya. Sebagai umat Nabi saw, kita seharusnya tidak mengabaikan keluarga kerana golongan yang kuat beribadat tidak meninggalkan yang lain (keluarga dan lain).
Rasulullah saw menunjukkan amalan yang baik kepada umatnya agar tidak meninggalkan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadat kepada Allah. Pada malam itu, Nabi saw mengejutkan ahli-ahlinya untuk beribadat kepada Allah swt dan amalan ini ditiru oleh saidina Umar r.a yang mengejutkan ahli kelurganya beribadat pada malam tersebut.
PERKARA-PERKARA YANG DIANJURKAN PADA MALAM AKHIR RAMADHAN
  1. Mandi antara maghrib dan isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman.
  2. Mencari malam al-Qadr.
  3. Melewatkan waktu sahur.
  4. Melakukan Iktikaf di masjid.
  5. Memperbanyak doa kepada Allah.
Sama-sama kita ambil manfaat untuk dihayati dan diamalkan.
# diambil dari blog Pok Yoe #

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008