Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Friday, September 11, 2009

Ramadhan 2

Mulianya Ramadhan
Pahala Puasa Sebagaimana yang kita maklum, puasa ini adalah ibadat yang wajib dikerjakan pada bulan Ramdhan, banyak hadith dan ayat al-quran yang menerangkan tentang kewajipan berpuasa. Sebagai hamba, memang kena ikut perintah tuannya, untuk melakukan apa yang disuruh kepada mereka, jika tidak melakukan, nescaya akan dimarah dan dimaki. Begitu juga dengan kita, kita akan mendapat murka Allah sekiranya tidak melaksanakan perintahNya, yang berlalu biarlah berlalu, kita tumpukan yang akan mendatang.
Puasa dan Aurat
Puasa dan aurat adalah syariat dalam islam, namun sekarang sudah menjadi adat bagi sesetengah golongan ini, mereka menganggap puasa lain, aurat lain..puasa pada waktu siang tapi dalam masa yang sama aurat didedahkan sehingga mencemarkan nama agama islam itu sendiri. Aurat kena tutup(perempuan) kerana itu adalah kewajipan bagi umat islam dan dalil ada menyuruh untuk kita menutup aurat, tapi malangnya sekarang ini banyak manusia yang puasa tapi tidak dapat menutup aurat.
Semasa berpuasa kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tapi kena semua anggota kita taat kepada Allah dan menjaga pensyariatan ini, dalam hadith ada menyebut, berapa ramai manusia yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja kerana mereka tidak menjaga perkara-perkara yang lain.
Puasa dan Hiburan
Hiburan diharuskan didalam Islam. Kita digalakan untuk menghiburkan diri kita supaya hati kita menjadi tenang dan tenteram, Hiburan yang bertemakan kepada ubudiyyah dan marhdatillah itulah yang dibenarkan di dalam syariat islam. Cantiknya agama Islam ini, dalam hiburan pun ada panduan untuk menjaga hubungan kita dengan pencipta.
Akhir-akhir ini , dunia tanpa sempadan sudah menjauhkan kita dengan pencipta, sudah jauh dengan Allah Taala kerana zaman ini hiburan yang melampau-lampau banyak kedengaran di tv, radio dan sebagainya dan ini menyebabkan kita lalai mengingati Allah dan seterusnya mengundang kemarahan Allah.
Pada bulan mulia ini, sepatutnya kita didedahkan dengan hiburan yang boleh meningkatkan iman kita kepadanya dan seterusnya dikira sebagai ibadat kepada Allah SWT.
Puasa dan Amalan-amalan sunat Didalam puasa, kita digalakkan untuk melakukan berbagai-bagai amalan sunat seperti, baca ayat al-Quran, tadarus al-Quran, zikir, sedekah, solat teraweh, witir, Qiamulail, menolong orang lain dan sebagainya yang mana amalan tersebut merupakan amalan yang sepatutnya diisi oleh setiap umat islam pada bulan ini, bukan perbanyakkan hiburan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti lepak, borak kosong, tidur dan sebagainya. Sebagai muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan dari daripada perkara-perkara yang sia-sia.
Dalam hadith, nabi saw ada bersabda:'' Sedekah yang paling afdal( baik) adalah sedekah pada bulan Ramdhan ( H.R Bukhari dan Muslim) bersedekah yang dituntut adalah sedekah kepada fakir miskin, anak yatim, dan orang yang memerlukan pertolongan.
Puasa dan Lailatul Qadr Lailatul Qadr hanya ada dalam bulan puasa sahaja, bulan-bulan lain tidak ada bulan yang lebih daripada seribu bulan melainkan lailatulqadr. Lailatul Qadr berlaku pada 10 akhir bulan Ramadhan, Bulan ini adalah anugerah Allah kepada umat Nabi SAW yang dikasihi (kita semua). Banyak hadith yang menceritakan tentang kelebihan beramal pada malam lailatulqadr antaranya:
Firman Allah yang bermaksud:" Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan." (surah al-Qadr, ayat 1)
Berdasarkan pada ayat ini, kita dapat simpulkan bahawa al-Qadr juga disebut sebagai bulan keberkatan, sebab pada malam itu Allah swt mencucuri rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Kepada mereka Allah berikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal untuk sebulan.
Firman Allah bermaksud:"malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan." (surah al-Qadar ayat 3)
Mengenai dalil yang kuat mengenai lailatulqadr daripada Aisyah r.ha diriwayatkan daripada Bukhari yang bermaksud:"carilah sedaya -upaya kamu lailatulqadr itu pada sepuluh malam ganjil Ramdhan."
Kesimpulanya Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt pada bulan yang mulia ini, semoga amalan yang kata lakukan akan dinilai dan akan diberi ganjaran oleh Allah kepada seseiapa yang melakukan kebajikan dan kita harapkan agar amalan kita ini ikhlas kerana Allah semata-mata dan mengharapkan keredhaanNya. Oleh itu, hari yang berbaki ini cari lah lailatulqadr dan mengharapkan agar kita dapat bertemu dengan malam itu dan melakukan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. ..amin..wa'allam..
# diambil dari blog syabab_i09 #

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008