Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Monday, August 24, 2009

Sedarkah kita??

Berfikirkah kita???

Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang Yang rugi. (Al-A'raf ; 99)

Telah bersabda Rasulullah saw ; "Ada tiga perkara yang menyelamatkan ; takut kepada Allah dalam keadaan tersembunyi mahupun terang-terangan ; sikap hemah dan sederhana samada dalam keadaan miskin dan kaya ; dan perkataan yang benar ketika marah dan senang"

Janganlah kita mengulangi kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh umat yang terdahulu, yang mana telah ditimpakan kepada mereka dengan pelbagai azab sebagai balasan terhadap kekufuran yang telah dilakukan oleh tangan-tangan mereka.

Fira'un yang mengaku dirinya sebagai tuhan, serta memaksa kaumnya supaya supaya beriman dengannya. Maka Allah telah menenggelamkan Fira'un dan para pengikutnya di dalam laut, sedangkan Allah telah menghantar Musa a.s untuk membimbingnya ke jalan yang benar, tetapi dengan sikapnya yang angkuh, menyebabkannya tidak beriman kepada Allah swt.

Qarun adalah seorang yang diberikan Allah dengan harta kekayaan yang banyak, dan kerana perasaan bangga diri maka Qarun termasuk dikalangan orang yang rugi. Dan Allah telah membenamkannya bersama hartanya ke dalam perut bumi.

Abu Lahab merupakan bapa saudara Rasulullah saw, beliau amat berbangga dan sangat gembira dengan kelahiran baginda saw. Tetapi setelah dibangkitkan Muhammad bin Abdullah sebagai seorang nabi dan rasul akhir zaman maka Abu Lahab memusuhi baginda serta termasuk dikalangan para pembesar Quraish yang telah menentang dakwah nabi saw. Akhirnya Allah telah menurunkan surah Al-Masad sebagai kecelakaan kepada beliau dan akhirnya mati sebagai musuh Allah dan RasulNya.

Maka kita sebagai umat akhir zaman perlulah sentiasa muhasabah diri agar sentiasa berada dijalan yang diredhai. dan ingatlah bahawa mengikut jalan ulamak adalah satu-satunya jalan yang akan membawa manusia beriman kepada Allah dan RasulNya.

# Hidup Mulia atau Mati sebagai Syuhada' #

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008