Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Saturday, October 3, 2009

Memilih Pasangan

  • Bagaimana caranya kita memilih pasangan hidup?
Seorang anak tidak lahir dari ruang hampa, namun ia lahir daripada dua orang manusia dewasa yang menurunkan kepadanya sel-sel genetik yang akan membentuk tubuh dan otaknya. Hakikat yang sering kita lupa iaitu anak-anak itu juga mewarisi akhlak dan sikap keagamaan orang tuanya.
Seorang ulamak akhlak di Mesir, Syeikh Ali al-Khawas pernah berkata; "Hendaklah setiap orang memerhatikan sifat anak-anaknya. Jika sifat mereka baik, maka itu adalah akhlaknya. Jika buruk, itu juga akhlaknya. Sebab sperma (mani) yang turun dari dirinya dengan membawa sifat-sifat tersebut. Maka tidak ada yang boleh disalahkan selain dirinya sendiri".
Saya percaya bahawa anak yang soleh hanya lahir dari ibubapa dan keturunan yang soleh. Ini sebuah kaedah umum yang selalu terjadi kecuali Allah swt berkehendak lain lalu mentakdirkan seorang anak soleh lahir dari kedua orang tua yang fasik. Meskipun hal itu tidak mustahil, tetapi ianya sangat sedikit dibandingkan kaedah umum yang disebutkan tadi.
Mungkin itulah sebabnya agama kita sering berpesan agar kita berhati-hati memilih pasangan, dan menganjurkan agar kita menjadikan agama sebagai kriteria utama. Allah swt berfirman yang bermaksud;
"Dan janganlah kamu menikahi wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba wanita yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahi orang musyrik (dengan wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran''. (Surah al-Baqarah;2:221)
Hadis-hadis yang mendokong hal ini pun sangat banyak.Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud; "Pilih-pilihl ah untuk sperma (mani) kalian". Begitu juga sebuah hadis yang sangat terkenal, riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa baginda saw bersabda yang bermaksud; "Seorang wanita (biasanya) dinikahi kerana empat perkara; kecantikannya, keturunannya, hartanya, dan agamanya. Maka dapatkanlah perempuan yang memiliki agama (yang baik), berdebulah tanganmu".
Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata; "Makna yang benar untuk hadis ini bahawa Nabi saw memberitakan tentang kebiasaan masyarakat pada saat itu yang menginginkan empat sifat ini (ketika mencari isteri) dan meletakkan agama ditempat yang terakhir. Maka dapatkanlah, wahai orang yang meminta nasihat, isteri yang berpegang teguh kepada agama".
Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari berkata; "Makna hadis ini, sepatutnya bagi orang yang beragama dan bermaruah menjadikan sifat kesolehan sebagai fokus pandangannya dalam segala sesuatu, terutamanya (ketika memilih) orang yang akan berdampingan lama dengannya".
Para ulamak berbeza pendapat tentang makna "berdebulah tanganmu". Sebahagian mengatakan bahawa kalimah ini sekadar ucapan yang biasa dilontarkan oleh orang arab tanpa mengandungi apa-apa makna di dalamnya. Dan sebahagian yang lain menafsirkannya dengan "kefakiran", ertinya kamu akan mendapat kefakiran jika tidak melaksanakan anjuran ini.
(Ust. Umar Muhammad Noor; Imam di Assyafaah Darul Hadith. Singapura. Majalah Solusi/12/2009)

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008