Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Monday, September 7, 2009

Ramadhan & Kaitannya

  • SaLam RamaDhan Al-MuBarak
SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD :
"Puasa adalah perisai. Apabila salah seorang di antara kamau berpuasa maka janganlah ia berkata cabul dan bertindak bodoh. jika ada orang yang melawanya atau memakinya, maka hendaklah ia berkata, "sesungguhnya aku berpuasa . Sesungguhnya aku sedang berpuasa." (H.R Bukhari dan Muslim)
Kelebihan bulan Ramadahan telah diperakui sendiri oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Bulan Ramadhan ke bulan Ramdhan, hari jumaat ke jumaat, satu sembahyang ke sembahyang yang lain penebus dosa antara keduanya, selama dijauhi dosa-dosa besar". (Riwayat Muslim).
  • Syariat puasa
Menurut Prof Yusof al-Qardhawi , Allah mensyariatkan puasa untuk menyedarkan roh, menyihatkan badan, mengenali nikmat, mendidik perasaan kasih dan melatih diri membuat penyerahan dengan sempurna kepada Allah SWT pencipta sekelian alam. Menurutnya lagi, para sahabat Nabi SAW memperolehi hasil yang sangat baik dengan amalan puasa, mereka memperolehi semangat, siang hari mereka berjihad dan berkerja dengan penuh tekun, pada malamnya pula mereka beribadat, bertahajjud dan membaca al-Quran.
Dalam bulan puasa, Allah telah mengurniakan nikmat yang amat besar kepada hambaNya, iaitu mewajibkan satu amalan yang berperanan menolak tipu daya syaitan dan mematahkan segala usaha jahat serta busuk. Ia adalah perisai orang-orang yang beriman daripada tipu daya syaitan dan juga medan yang sesuai untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah yang Maha pencipta.
Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan keatas umat sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa. Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan , maka wajiblah ia berpuasa beberapa hari atau ketinggalan itu di hari-hari yang lain". (al-Baqarah : 183)
Melalui ayat diatas, kita dapat buat enam kesimpulan secara ringkas:
  1. Ayat ini dimulakan dengan seruan "wahai orang-orang yang beriman". Abdullah bin mas'ud , seorang sahabat nabi dan ahli tafsir yang terkenal pernah menyatakan bahawa apabila sesuatu ayat dimulakan dengan seruan "wahai orang-orang yang beriman", ia pasti mengandungi arahan atau larangan yang penting, ini kerana hanya Allah yang mengetahui bahawa orang yang beriman sahaja yang dapat mengorbankan dan memikul arahan Allah SWT.
  2. Ayat ini menerangkan perintah puasa serta hukum wajib yang berkaitan dengannya, iaitu apabila orang muslim itu cukup syarat-syaratnya maka wajib menunaikanya.
  3. Ibadat puasa pernah dilakukan oleh umat-umat yang terdahulu sebelum nabi SAW.
  4. Dijelaskan hikmahnya secara ringkas tetapi padat dengan rangkaian yang sangat kemas, iaitu supaya kamu bertaqwa kepada Allah.
  5. Jangka masa yang beberapa hari sahaja yang ditetapkan yakni sebulan.
  6. Pengiktirafan Allah swt bagi hambaNya terhadap rukhsah bagi orang uzur syar'i, ( sakit atau dalam perjalanan ) namun mereka hendaklah mengantikannya.
Jesteru itu, puasa adalah ibadat yang paling tinggi disisi Allah SWT dan merupakan amalan yang akan dibalas sendiri oleh Allah SWT kepada hambanya yang taat, puasa juga mengajar erti kesusahan dan kelaparan sebagaimana saudara-saudara kita yang tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Pahala yang besar akan diberikan pada hambanya yang soleh dan sanggup semata-mata melakukan ibadat untuk mencari redho Allah SWT dan mencari kasih sayangnya.
Nabi SAW juga bersabda yang bermaksud: "puasa adalah separuh dari kesabaran. Manakala orang yang sabar akan menerima balasan pahala yang tidak terhingga banyaknya daripada Allah swt".
Firman Alah yang bermaksud:"Hanya orang yang bersabar itulah yang dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan".( al-Zumar :10) dan Nabi SAW bersabda lagi yang bermaksud:" Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu:
  • 1) ketika berbuka puasa
  • 2) ketika bertemu dengan Allah SWT mreka gembira dengan puasa mereka..
Marilah sama-sama kita tingkatkan amalan puasa kita pada tahun ini dengan meningkatkan amalan yang soleh serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, semoga amalan kita diterima olehnya..wa'llam.
rujuk : siasah m/s 21 edisi 16-22 ogos..(Semoga dapat manfaat bersama untuk dihayati...)

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008