Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Saturday, September 12, 2009

Malam al-Qadar

  • Tanda-tanda dan kelebihan al-Qadar
Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan melebihi seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah swt di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah saw dalam beberapa hadis yang sohih.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الَّتِي فِي وَسَطِ الشَّهْرِ فَإِذَا كَانَ مِنْ حِينِ تَمْضِي عِشْرُونَ لَيْلَةً وَيَسْتَقْبِلُ إِحْدَى وَعِشْرِينَ يَرْجِعُ إِلَى مَسْكَنِهِ وَرَجَعَ مَنْ كَانَ يُجَاوِرُ مَعَهُ ثُمَّ إِنَّهُ أَقَامَ فِي شَهْرٍ جَاوَرَ فِيهِ تِلْكَ اللَّيْلَةَ الَّتِي كَانَ يَرْجِعُ فِيهَا فَخَطَبَ النَّاسَ فَأَمَرَهُمْ بِمَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ قَالَ إِنِّي كُنْتُ أُجَاوِرُ هَذِهِ الْعَشْرَ ثُمَّ بَدَا لِي أَنْ أُجَاوِرَ هَذِهِ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ فَمَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعِي فَلْيَبِتْ فِي مُعْتَكَفِهِ وَقَدْ رَأَيْتُ هَذِهِ اللَّيْلَةَ فَأُنْسِيتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فِي كُلِّ وِتْرٍ وَقَدْ رَأَيْتُنِي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ قَالَ أَبُو سَعِيدٍ الْخُدْرِيُّ مُطِرْنَا لَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِينَ فَوَكَفَ الْمَسْجِدُ فِي مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَظَرْتُ إِلَيْهِ وَقَدْ انْصَرَفَ مِنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ وَوَجْهُهُ مُبْتَلٌّ طِينًا وَمَاءً
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya.
Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air.
Kita disuruh untuk menghidupkan malam al-qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang ertinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam al-qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
  1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda mengenai lailatul qadar yang ertinya : "Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram)". - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
  2. Telah diriwayatkan daripada Nabi saw bahawa baginda telah bersabda yang ertinya : "Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama, tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu". - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
  3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah saw telah bersabda yang ertinya : "Malam al-qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram)".
  4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang ertinya : "Malam al-Qadar bersih, tidak panas dan tidak pula sejuk".
Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
  • Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
  • Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
  • Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
  • Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
  • Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
  • Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
# di ambil dari blog ..:: perindu cinta ILahi ::.. #

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008