Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Sunday, September 6, 2009

Di mana 0h di mana ???

Di manakah KEMBARKU???

Aduh!! Dimanakah kau menghilangkan diri?? Selama ini kita dibesarkan bersama-sama dalam keadaan yang harmoni, tapi sekarang kau tinggalkan aku keseorangan tanpa teman, kau biarkan aku hanyut dengan arus yang seandainya kau ada disisi aku nescaya aku tidakkan hanyut dengan arus itu. Tapi apakan dayaku kau tiada disini…

Kini bulan ramadhan telah menjelma, hadirlah temanku, hadirkanlah kau dalam diriku, kerna hanya engkaulah yang dapat membimbing aku agar aku tidak jauh terpesong. Kini aku terumbang ambing mencari diriku yang sebenar, aku lihat sekeliling ku hanya terdapat insan-insan yang tidak meletakkan agama sebagai garis hidupnya, aku tidak mahu tergolong dalam kalangan mereka.

Dulu kau selalu mendendangkan lagu-lagu nasihat serta kata-kata semangat agar aku bisa teguh dengan imanku, kau menunjukkan contoh-contoh yang terbaik agar aku bisa berfikir dan membezakan diantara hati yang dihiasi iman dengan hati yang bersalut kekufuran. Engkau mengajarkan aku tentang hidup sebagai seorang hamba kepada sang pencipta, tapi dimanakah engkau sekarang?? Tergamak kau tinggalkan aku dalam keadaan terumbang-ambing dihanyut arus semasa…

Aduh!! Betapa bisanya duri yang menusuk, setiap hari aku berfikir sampai bilakah keadaan ini akan berterusan, sampai bilakah akan kau biarkan aku seperti ini? Datanglah kau padaku agar aku bisa perbaiki diri ini. Dulu setiap hari kau akan berpesan kepadaku, jadikanlah hari ini lebih baik dari kelmarin, apakah aku telah melakukan apa yang diperintahkan kepadaku, engkau juga sentiasa membimbing aku dalam membuat penilaian terhadap segala perlakuan manusia. Engkau mengajarkan aku bagaimana untuk melakukan suatu perkara agar ianya dapat memberi manfaat dan keuntungan kepada ku.

Teman,.. aku kini ketinggalan, aku ketinggalan dalam ibadahku, aku ketinggalan dalam member bimbingan kepada diriku apatah lagi untuk membimbing sahabat-sahabatku, maafkan aku teman, aku mengabaikan kata nasihatmu, ilmu yang telah engkau curahkan telah aku persiakan, maafkan aku, percayalah teman, sesungguhnya aku tidak sengaja untuk mengabaikan, tetapi aku terleka sehingga aku terpesong jauh dari apa yang telah kau ajarkan.

Teman, percayalah aku sentiasa perlukan bimbingan darimu, agar aku sentiasa sedar tentang tanggungjawab ku yang sebenar sebagai seorang hamba.

Siapakah KEMBAR tersebut???

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008