Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Sunday, August 16, 2009

Laksamana Cheng Ho

Zheng He (1371 - 1435; Cina Tradisional: 鄭和, Cina Ringkas: 郑和, pinyin: zhèng hé, Wade-Giles: Cheng Ho) ialah pelaut dan pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China. Dikenali juga sebagai Mah Sam Po (Cina Tradisional: 馬三寶, Cina Ringkas: 马三宝, pinyin: mǎ sān bǎo), beliau mengetuai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam Melayu, Asia Selatan, Timur Tengah, dan juga benua Afrika, hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika.

Pelayarannya telah dirakamkan dalam karya "Sida-sida Sanbao ke Lautan Barat" (三保太監下西洋) atau "Zheng He ke Lautan Barat". Dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan, sebuah provinsi Mongol ketika itu yang terletak beberapa minggu perjalanannya dari pelabuhan terdekat, Zheng He bukannya orang Cina, tetapi merupakan orang Muslim Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382. Dikembiri, beliau dilatih menjadi sida-sida empayar dan ditugaskan ke istana Zhu Di, putera Yan yang suka berperang.

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008