Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Sunday, August 16, 2009

H1N1 = Apakah disebaliknya???

  • Setiap hari kita dengar dan baca di dada-dada akhbar mengenai perkara ini. Sesekali timbul rasa takut untuk kita keluar ke tempat-tempat orang ramai berkumpul, kerana ia (h1n1) berjangkit melalui udara dan pernafasan.
  • Ada sesetengah pihak, barangkali takut untuk menyatakan bahwa inilah bala yang diturunkan oleh Allah kpd umat manusia, samada yang beriman atau tidak, tetap akan terkena bahang penyakit ini. Secara praktikalnya, Allah mendatangkan penyakit ini mesti mempunyai sebab-sebabnya. Oleh itu, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita, apakah sebenarnya penyebab kepada Allah turunkan penyakit H1N1 atau lebih dikenali sebagai "Selsema Babi"...
  • Babi atau khinzir merupakan binatang yang amat hina disisi agama islam, dan BABI termasuk dalam kategori najis berat (mughollazoh) yang sekiranya bersentuhan dengan umat islam, ia hanya dapat disucikan dengan "samak". Penyakit ini adakah hanya merupakan sekadar penyakit atau sebagai satu penghinaan???
  • Allah menjadikan manusia itu bersaudara, dan Allah juga telah menetapkan bahawa Islam adalah agama yang diredhai. Maka dengan islam itulah Allah memuliakan manusia dan dengan islam itu jugalah Allah menghinakan manusia. ( Allah mengangkat para nabi & orang beriman sebagai kekasihNya. TETAPI bagi penentang-penentang Islam sebagai musuhNya, sepertimana FIR'AUN, ABU LAHAB, dan lainnya sebagai orang yang dilaknat olehNya )
  • Allah telah menimpakan pelbagai azab dan bala sebagai penghinaan kepada umat-umat yang menderka dan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan olehNya. Sepertimana umat terdahulu yang telah ditimpakan kepada mereka banjir yang besar, gempa bumi, dan sebagainya... Ingatkah kalian terhadap kisah Abrahah dan tenteranya dalam peristiwa meruntuhkan KAABAH?? yang akhirnya dihinakan Allah swt dengan burung Ababil...
  • Persoalannya!!! tidakkah kita sedar bahwa Allah swt TIDAK AKAN menurunkan azab kepada manusia sekiranya manusia itu sentiasa mentaati perintah-perintah yang telah ditetapkanNya... di sini saya hanya mahu membicarakan tentang 1 perkara pokok, iaitu "SOLAT".
  • Cuba kita selidik dan kaji setiap orang yang berada disisi kita, sejauh mana penghayatan SOLAT yang diamalkan. Apakah SOLAT di masjid?? secara berjamaah?? berasa khusyuk?? mendatangkan ketenangan?? dapat mencegah mungkar?? atau hanya sekadar menunaikan solat tanpa membawa apa-apa pengertian??
  • Kita tidak berasa sedih atau takut sekiranya meninggalkan solat,atau melewatkannya. kerana bagi kita, bahawa solat itu tidak membawa apa-apa makna. dan inilah satu kejahatan yang amat besar dan berat yang telah kita lakukan terhadap Allah swt selaku pencipta kita.
  • Sesungguhnya Allah telah berfirman bahwa "solat itu dapat mencegah mungkar"...
  • tapi malangnya solat tidak membawa apa-apa ertipun kpd manusia zaman sekarang,
  • BUKTINYA :=...
  • * Umat Islam masih lagi bergaul bebas antara lelaki & perempuan yg bukan muhrimnya (halal dinikahi).
  • * Umat Islam tidak berasa sakit ataupun sedih apabila hak saudaranya dicabul.
  • * Umat Islam lelaki berpakaian perempuan & perempuan berpakaian lelaki.
  • * Wanita Islam yang berpakaian ketat, dan yang mendedahkan aurat.
  • * Umat islam yang melakukan sumbang mahram @ zina secara meluas.
  • * Umat Islam yang tidak menghormati hak-hak sesama manusia.
  • * Umat islam bebas meminum arak dan melanggani pelacur.
  • * Umat Islam murtad.
  • * Dan lain-lain...
  • # Bertaubatlah wahai insan sekalian, Kembalilah kita kepada agama Allah swt dan menghayatinya, agar dengannya Allah akan menurunkan RahmatNya ke seluruh alam... InsyaAllah...#

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008