Pusaka iLmu

Aku Seorang Pencinta & Perindu kpd ILmu yg Memberikan Aku Manfaat di Dunia & di Akhirat.

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Promosi Produk Jualan kami ( tekan gambar di bawah)

PERHATIAN SEMUA ...!!!
TEKAN jah kat topik Yang nak dibaca...
HARAP MAKLUM...

Tuesday, April 7, 2009

Hargailah Sebelum Terlambat

Keindahan senyumannya masih tergambar di ingatan, tegurannya juga masih lagi tergiang-ngiang, terbayang segala memori dan kenangan suatu ketika dahulu.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirinya. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan,.. Atuk... Sewaktu hidupmu, kau selalu menasihati aku supaya berhati-hatilah dalam menjalani kehidupan ini, insyaallah nasihatmu tidakkan ku lupa.. Atuk.. Sewaktu kau dalam keadaan tak sedarkan diri , aku bersama mu, tapi kau pergi sewaktu aku tiada di sisi. Atuk, aku pangku jasadmu sewaktu kau dimandikan, aku lihat tubuhmu yang terbujur kaku, tubuh yang kedinginan seakan kau sedang terlena. Wajahmu tersenyum manis menemui Allah yang Esa, aku seakan tidak percaya bahawa kau telah meninggalkan kami buat selamanya. Atuk... aku tangisi pemergianmu, tapi aku juga redha dengan ketentuan Ilahi. Aku juga akan mengikuti kepergianmu, yang mana ia membawa kita menemui sang Pencipta. Atuk,.. sewaktu aku melalui perkuburan mu, aku seakan mendengar suara mu sedang memanggil aku, saat aku berpaling, aku terpandang kuburan mu,... Kini aku hanya mampu menghulurkan doa dan al-fatihah kepadamu, Semoga Allah meletakkan kau bersama para solehin, dan mengampunkan segala dosamu... Amien... Al-Fatihah...

Sudi - Sudikanlah Saudara/ri KU
Untuk Berkongsi Ilmu Pengetahuan &
Maklumat. Kerana Ilmu Yang Bermanfaat Akan
Menjadi Bekalan di Dunia & di Akhirat...
Wassalam...
Template by - Abdul Munir - 2008